Terangkan maklumat
penting yang dapat
diperolehi daripada data-data
perakaunan pendapatan negara
|
[10]
|
|||||||||||||||||||||||
(a) Mengukur
kadar pertumbuhan ekonomi
|
||||||||||||||||||||||||
Jika
nilainya positif, ia menggambarkan
berlakunya pertumbuhan dan perkembangan kegiatan ekonomi. Jika nilainya
negatif, ia menunjukkan berlakunya kemelesetan ekonomi.
Atau
Bermakna, berlaku
perkembangan tingkat kegiatan
ekonomi sebanyak 6.74% berbanding dengan tahun sebelumnya.
|
||||||||||||||||||||||||
(b) Mengukur
sumbangan pelbagai sektor
|
||||||||||||||||||||||||
Pengukurannya
membolehkan kita mengetahui:
i.
kepentingan dan prestasi setiap sektor
ii.
peningkatan atau penurunan sumbangan sektor dari segi peratusannya
Atau
Nilai keluaran sektor perkilangan dan sektor pertanian
ialah RM47.2 bilion dan RM20.5 bilion, manakala nilai KDNK adalah RM152.8 bilion. Ini bermakna sumbangan sektor
perkilangan dan sektor pertanian kepada
KDNK ialah 30.89% dan 13.42% masing-masing. Melalui cara ini, sumbangan
sektor-sektor lain kepada KDNK juga
dapat ditentukan
|
||||||||||||||||||||||||
(c) Mengukur
kadar pertumbuhan sektor
|
||||||||||||||||||||||||
Jika
nilainya positif, ia menggambarkan
berlakunya pertumbuhan dan perkembangan kegiatan sektor ekonomi tersebut.
Sebaliknya, jika nilainya negatif, ia menunjukkan berlakunya kemelesetan
sektor ekonomi tersebut.
|
||||||||||||||||||||||||
(d) Mengetahui
perubahan struktur ekonomi
|
||||||||||||||||||||||||
Peratusan
sumbangan setiap sektor membolehkan kita melihat perubahan struktur ekonomi
dalam jangka panjang, misalnya perubahan daripada sektor pertanian kepada sektor
perindustrian atau kepada sektor perkhidmatan.
|
||||||||||||||||||||||||
(e) Mengukur
taraf hidup penduduk
|
||||||||||||||||||||||||
Pendapatan perkapita
tahun semasa yang lebih
tinggi daripada tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan taraf hidup masyarakat kerana ia mengambarkan kemampuan masyarakat untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan telah meningkat.
|
||||||||||||||||||||||||
(f) Untuk
membuat perancangan ekonomi mengikut sektor
|
||||||||||||||||||||||||
Berdasarkan
kepada sumbangan dan pertumbuhan setiap sektor ekonomi, kerajaan boleh
merancang langkah-langkah yang perlu untuk memajukan sektor-sektor tersebut.menunjukkan
taraf hidup telah meningkat
|
Nota: Soalan lain yang berkaitan
Jelaskan kegunaan data pendapatan negara
|
[10]
|
Jelaskan
alasan mengapa sesebuah negara menghitung pendapatan negara.
|
[10]
|
Terangkan
tiga kegunaan penting dari data KDNK yang dihitung mengikut cara
keluaran
Jawapan: Fakta (a) hingga (c) sahaja
|
[6]
|