Wednesday, April 3, 2013

Teori Faedah Berbanding Dan Keuntungan Daripada PAB

Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa.


[10]

Jawapan Cadangan

Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberikan keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa.





[10]
Andaian-andaian:
(a)   Hanya dua buah negara yang berdagang.
(b)   Hanya dua jenis barang sahaja dikeluarkan.
(c)   Kos lepas adalah malar
(d)   Tiada sekatan dalam perdagangan

        Pengeluaran sebelum PAB

Negara
Kereta
Televisyen
Kos lepas seunit kereta
Jepun
Amerika Syarikat
60
50
300
200
5 televisyen
4 televisyen

        Berdasarkan kepada pengiraan kos lepas di atas, Amerika Syarikat mempunyai faedah berbanding dalam pengeluran kereta sementara Jepun mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran tv

        Pengeluaran selepas pengkhususan

Negara
Kereta
Televisyen
Jepun
Amerika Syarikat
-
100
600
-

        Jepun akan mengkhususkan dalam pengeluaran tv dan Amerika Syarikat akan mengkhususkan dalam pengeluaran kereta.  Pengkhususan membolehkan Jepun mengeluarkan 600 unit tv dan Amerika Syarikat mengeluarkan 100 unit kereta

        Penggunaan selepas PAB

Negara
Kereta
Televisyen
K/pertukaran a/bangsa
Jepun
Amerika Syarikat
50
50
375         225
1 kereta =  4.5 televisyen

        Andaikan kadar pertukaran antarabangsa 1 kereta  = 4.5 televisyen.  Katakan Amerika Syarikat ingin menggunakan 50 unit kereta dan bakinya dieksport ke Jepun. Berdasarkan kadar pertukaran tersebut, Jepun akan menukarkan 50 unit kereta dengan 225 unit tv dan baki televisyen sebanyak 375 unit akan digunakan di dalam negeri

        Keuntungan daripada perdagangan antarabangsa
        Amerika Syarikat mengekalkan penggunaan kereta 50 unit, manakalan penggunaan televisyen bertambah sebanyak 25 unit. 
       
        Di Jepun walaupun penggunaan kereta jatuh sebanyak 10 unit tetapi telah diatasi oleh pertambahan penggunaan tv sebanyak 75 unit yang sama nilainya dengan pertambahan 16.67 unit kereta. Bermakna, Jepun mendapat keuntungan bersih sebanyak 6.67 unit kereta atau 30 unit TV.

Atau
       Di Jepun walaupun penggunaan kereta jatuh sebanyak 10 unit, iaitu menyamai 45 unit tv,  tetapi telah diatasi oleh pertambahan penggunaan tv sebanyak 75 unit. Bermakna, Jepun mendapat keuntungan bersih sebanyak 30 unit TV atau 6.67 unit kereta