Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S10)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

10
Terangkan tiga program yang dijalankan oleh Baitulmal dalam membantu membasmi kemiskinan di Malaysia
  
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Zakat
Bantuan zakat kepada orang Islam miskin diberi berdasarkan kepada pengiraan had al-Kifayah, iaitu had bayaran secukup hidup sebulan bagi seorang individu.

Bentuk bantuan meliputi bantuan tuisyen, bantuan wang segera, bantuan pertanian dan perniagaan, bantuan Ramadhan dan lain-lain.




(b)
Perlindungan Darul Kifayah
Darul Kifayah memberi perlindungan kepada anak yatim piatu, anak kepada keluarga miskin dan anak kepada saudara baru.

Bantuan yang diberikan berbentuk penempatan di asrama, bimbingan akademik dan keagamaan, pemberian wang perbelanjaan harian dan barang keperluan sekolah.




(c)
Peluang pendidikan di Institut Kemahiran Baitulmal
Institut ini menyediakan latihan kemahiran kepada anak-anak keluarga Islam yang memerlukan, supaya dapat hidup berdikari pada masa depan.

Institut ini menawarkan kursus masakan dan katering, kursus rekaan fesyen pakaian dan kursus seni lukis serta seni reka.