Jawapan
Cadangan
Andaian:-
(a) Semua
simpanan adalah simpanan semasa
(b) Nisbah
cadangan minimum adalah 20%
(c) Semua
lebihan cadangan akan dipinjamkan
(d) Tiada kebocoran tunai di dalam
sistem bank
(e) Urusniaga dilakukan dengan
menggunakan cek
(f) Bank tidak
mempunyai lebihan rizab
|
||||||||||||
Proses
bermula dengan kemasukan wang RM10,000 ke dalam akaun semasa di bank
perdagangan A.
Bank perlu
menyimpan RM2,000 sebagai rizab dan lebihan rizab sebanyak RM8,000 lagi dipinjamkan kepada individu
kedua dalam bentuk cek.
Kunci
kira-kira bank perdagangan A adalah
seperti berikut:
Bank Perdagangan A
|
||||||||||||
Individu kedua
akan menyimpan wang sebanyak RM8,000 di bank perdagangan B.
Bank akan
menyimpan RM1,600 sebagai rizab dan lebihan rizab RM6,400 dipinjamkan kepada
individu ketiga melalui cek.
Kunci
kira-kira bank perdagangan B adalah
seperti berikut:
Bank Perdagangan B
|
||||||||||||
Proses ini
akan terus berlaku sehingga tiada lebihan rizab lagi yang boleh
dipinjamkan oleh bank-bank perdagangan tersebut.
Diakhir proses
penciptaan kredit, jumlah tambahan deposit, tambahan rizab dan tambahan
pinjaman yang terhasil masing-masing ditunjukkan melalui jadual dibawah.
Berdasarkan proses di
atas,
Pertambahan penawaran
wang = Tambahan deposit – deposit semasa yang pertama
= RM50 000 – RM10 000
=
RM 40 000
Nota: Jika RM10 000 dimasukkan dalam bentuk cek, maka deposit semasa yang pertama bersamaan sifar. Oleh itu,
Pertambahan penawaran
wang = Tambahan deposit – deposit semasa yang pertama
= RM50 000 – RM 0
=
RM 50 000
|