Saturday, October 6, 2012

Perbandingan Pasaran Monopoli Dengan PPS

(a)
Huraikan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli pada tingkat keseimbangan.


[6]



i
Tingkat harga keseimbangan


Tingkat harga keseimbangan pasaran persaingan sempurna adalah lebih rendah berbanding dengan tingkat harga pasaran monopoli (PS < PM)




ii
Tingkat keluaran keseimbangan


Tingkat keluaran keseimbangan pasaran persaingan sempurna adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran monopoli  
(Q S > QM )                    




iii
Kecekapan peruntukan


Pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana tingkat harga keseimbangan menyamai kos sut (PS=MC). Ini bermakna, pada tingkat keseimbangan pasaran persaingan sempurna, DD=SS=MC
Pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan peruntukan kerana pada keseimbangan, harga melebihi kos sutnya (PM>MC)




iv
Lebihan pengguna


Pasaran persaingan sempurna mempunyai lebihan pengguna yang lebih besar berbanding dengan pasaran monopoli, iaitu PSBES > PMBA





Lebihan pengeluar


Pasaran persaingan sempurna mempunyai lebihan pengeluar yang lebih kecil berbanding pasaran monopoli, iaitu PSESC < PMAEMC


Nota: Rajah hanya membantu. Markah hanya untuk isi dari (i) ke(iv)


(b)
Jelaskan bentuk keluk jumlah hasil dan hasil sut antara pasaran persaingan sempurna dengan pasar monopoli

[4]

Keluk jumlah hasil firma pasaran persaingan sempurna (PPS) adalah mencerun positif dari kiri ke kanan manakala keluk jumlah hasil firma monopoli pada mulanya mencerun positif tetapi kemudiannya mencerun negatif @ pada mulanya menaik tetapi kemudiannya menurun

Keluk hasil sut firma pasaran persaingan sempurna bersifat mendatar selari dengan paksi kuantiti manakala keluk hasil sut firma monopoli pula mencerun negatif dari kiri ke kanan