(a) Apakah maksud pelaburan ? Terangkan perbezaan di antara pelaburan autonomi dengan pelaburan
teraruh
|
[7]
|
(b) Jelaskan
dengan ringkas bagaimana peningkatan kadar bunga boleh mempengaruhi perbelanjaan
isi rumah dan pelaburan firma
|
[3]
|
Jawapan Cadangan:
(a) Apakah maksud pelaburan ? Terangkan perbezaan di antara pelaburan autonomi dengan pelaburan
teraruh
|
[7]
|
Pelaburan
adalah perbelanjaan firma ke atas barang-barang modal untuk menambahkan
pengeluaran barang dan perkhidmatan, serta perbelanjaan menggantikan
barang-barang modal lama yang tidak boleh digunakan lagi
Pelaburan autonomi ialah pelaburan yang tidak dipengaruhi oleh
pendapatan negara. Nilainya adalah tetap pada berbagai-bagai tingkat
pendapatan negara.
Pertambahan pendapatan negara dari Y0 ke Y1 tidak
meyebabkan nilai pelaburan autonomi berubah, tetapi sebaliknya kekal pada I0
|
Pelaburan teraruh ialah pelaburan
yang dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi tingkat pendapatan
negara, semakin tinggi pelaburan teraruh, dan sebaliknya.
Pertambahan pendapatan negara dari Y0 ke Y1 menyebabkan
pelaburan meningkat dari I0 ke
I1
Pengurangan
pendapatan negara dari Y1 ke Y0
menyebabkan pelaburan berkurang dari I1 ke I0
|
(b) Jelaskan dengan ringkas bagaimana
peningkatan kadar bunga boleh mempengaruhi perbelanjaan isi rumah dan pelaburan
firma
|
[3]
|
Peningkatan
kadar bunga akan meningkatkan pulangan terhadap tabungan. Isi rumah akan
meningkatkan tabungan. Oleh itu tingkat perbelanjaan penggunaan isi rumah
akan berkurang
Peningkatan
kadar bunga akan meningkatkan kos meminjam untuk tujuan pelaburan. Pinjaman untuk
tujuan pelaburan akan berkurang dan seterusnya mengurangkan pelaburan.
|