Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S6)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

6
Jelaskan tiga strategi Dasar Wawasan Negara (DWN) untuk mengukuhkan program pembasmian kemiskinan di Malaysia

 [6]

Jawapan Cadangan


(a)
Memperkukuhkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program kemiskinan lain di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi menambahkan pendapatan golongan miskin




(b)
Menangani masalah ketidakseimbangan agihan pendapatan antara kumpulan etnik, antara bandar dengan luar bandar dan antara wilayah, dengan mewujudkan kumpulan berpendapatan sederhana yang lebih besar di samping meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah.




(c)
Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dengan meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri kurang maju melalui galakan pertumbuhan dalam sektor pembuatan, pelancongan dan pertanian moden.