Saturday, March 2, 2013

Belanjawan Dan Cara Membiayai Belanjawan Kurangan

(a)    Apakah maksud belanjawan yang berikut ?
         i. Belanjawan Kurangan
         ii. Belanjawan Lebihan
         iii. Belanjawan Seimbang

[3]
(b)    Terangkan bagaimana kerajaan Malaysia membiayai belanjawan kurangan


[7]
Jawapan Cadangan

(a)    Apakah maksud belanjawan yang berikut ?



[3]
         (i)      Belanjawan kurangan
                  Belanjawan kurangan ialah satu keadaan apabila perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan lebih besar daripada jumlah hasil kutipan kerajaan

         (ii)     Belanjawan lebihan
                  Belanjawan lebihan ialah satu keadaan apabila perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan lebih kecil daripada jumlah hasil kutipan kerajaan

(i)        Belanjawan seimbang
                  Belanjawan seimbang ialah satu keadaan apabila perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan menyamai jumlah hasil kutipan kerajaan

(b)    Terangkan bagaimana kerajaan Malaysia membiayai belanjawan kurangan


[7]
        i.       Pinjaman dalam negeri
                Kerajaan meminjam daripada Petronas, KWSP, bank-bank perdagangan, Bank Negara, dan lain-lain dengan cara menjual surat jaminan kerajaan dan bil perbendaharaan serta menjual sijil pelaburan kepada institusi kewangan islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat

                Pinjaman dalam  negeri  akan mengurangkan kuasa penggunaan dan pelaburan sektor swasta serta menghadkan proses penciptaan kredit oleh bank perdagangan. Ini boleh menjejaskan aktiviti ekonomi negara

        ii.      Pinjaman luar negeri
                Kerajaan meminjam daripada kerajaan asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, United Kingdom melalui pinjaman pasaran serta pinjaman daripada institusi kewangan luar negara seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan IMF melalui pinjaman projek

                Pinjaman luar negeri akan menjejaskan imbangan pembayaran dan kadar pertukaran asing dan boleh menyebabkan nilai mata wang merosot

        iii.     Penjualan aset kerajaan seperti bangunan, tanah serta pegangan ekuiti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan.
mrmy@ulat kekek 2013