Tuesday, April 16, 2013

Kadar Pertukaran Asing Dan Tujuan Meminta Mata Wang Asing

(a)    Apakah kadar pertukaran asing ?
Jelaskan maksud US$1.00 = RM3.20 ?

(b)   Dengan menggunakan contoh, terangkan empat tujuan sesebuah negara meminta mata wang asing ?


[2]


 [8]

Jawapan Cadangan

(a)    Apakah kadar pertukaran asing ?
Jelaskan maksud US$1.00 = RM3.20 ?




[2]
        Kadar pertukaran asing ialah harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang negara lain.
        US$1.00 = RM3.00 bermaksud harga 1 dolar mata wang Amerika Syarikat adalah bersamaan dengan RM3.20

(b)    Dengan menggunakan contoh, terangkan empat tujuan sesebuah negara meminta mata wang asing ?


[8]
        i.      Untuk membiayai import
                Apabila sesebuah negara mengimport barang dan perkhidmatan, negara tersebut mesti meminta mata wang asing kerana mereka mesti membayar import tersebut dalam mata wang negara tersebut.
                Contoh:- Pengimport  Malaysia akan meminta mata wang Yen untuk membiayai import barang dan perkhidmatan dari Jepun.

        ii.     Untuk membuat pelaburan di luar negeri
       Sesebuah negara akan meminta mata wang asing apabila negara tersebut membuat  pelaburan langsung (FDI) atau pelaburan portfolio di luar negara.
                Contoh:- Pelabur Malaysia akan meminta mata wang Rupee apabila membuat pelaburan di India.

        iii.    Untuk membiayai bayaran pindahan
                Sesebuah negara akan meminta mata wang asing untuk membiayai bayaran pindahan untuk tujuan pendidikan, perubatan, derma dan biasiswa ke luar negara.
                Contoh:- Kerajaan Malaysia akan meminta mata wang Rupiah apabila membayar biasiawa pelajar Malaysia di Indonesia.

         iv.   Untuk membayar balik pinjaman dari luar negeri
                Sesebuah negara akan meminta mata wang asing untuk membayar balik pinjaman yang dilakukan bagi tujuan pembangunan negara.
                Contoh:- Kerajaan Malaysia akan meminta mata wang US Dolar untuk membayar balik pinjaman yang dibuat dari kerajaan Amerika Syarikat.

         v.    Untuk melancong ke luar negeri
                Rakyat sesebuah negara yang melancong ke luar negara akan meminta mata wang asing untuk membiayai perbelanjaan mereka di luar negara.
                Contoh:- Rakyat Malaysia yang melancong ke England akan meminta mata wang Pound Sterling untuk berbelanja di negara tersebut.


Soalan yang berkaitan dengan soalan di atas:

Terangkan tiga  alasan  mengapa rakyat Malaysia meminta Dolar Singapura dalam setiap urusan yang dijalankan di negara tersebut ?




[6]
a)     Untuk membiayai import dari Singapura
b)     Untuk membuat pelaburan di Singapura
c)     Untuk membiayai bayaran pindahan ke Singapura
d)     Untuk membayar balik pinjaman ke Singapura
e)     Untuk melancong ke ke Singapura

Nota:  Huraian soalan boleh disesuaikan dengan jawapan dari soalan di atas