| 
(a)     Apakah
  yang dimaksudkan dengan kadar inflasi. Bagaimanakah ia dihitung ? | 
[2] | 
| 
(b)     “Pada masa inflasi dan ekonomi telah
  mencapai tingkat guna tenaga penuh kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan
  kerajaan dan cukai”. Bersetujukah
  anda dengan pernyataan ini ? Beri alasan anda | 
| 
Jawapan
  Cadangan 
(a)     Apakah
  yang dimaksudkan dengan kadar inflasi. Bagaimanakah ia dihitung ? | 
[2] | ||||||
| 
        Kadar  inflasi 
  ialah  peratus  kenaikan 
  tingkat  harga  umum 
  pada  satu  tahun 
  tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya. 
 | |||||||
| 
(b)     “Pada masa inflasi dan ekonomi telah
  mencapai tingkat guna tenaga penuh kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan
  kerajaan dan cukai”. Bersetujukah
  anda dengan pernyataan ini ? Beri alasan anda | 
[8] | ||||||
| 
         Tidak.
  Untuk menyelesaikan masalah inflasi pada gunatenaga penuh, kerajaan perlu 
(i)      Mengurangkan perbelanjaan kerajaan  
                 Pengurangan perbelanjaan kerajaan akan mengurangkan
  perbelanjaan agregat (AE)      sebesar ∆G. Keluk AE beralih
  dari AE0  ke AEf
   
                 Pada Y0, wujud
  lebihan AS sebesar E0A.  Inventori akan bertambah, firma
  mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang.  
                 Proses ini akan
  berterusan  sehingga  keseimbangan baru dicapai di titik f1,  dengan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke pendapatan negara guna tenaga penuh Yf   | |||||||
| 
(ii)     Meningkatkan cukai  
                 Peningkatan cukai akan
  mengurangkan   pendapatan bolehguna dan
  perbelanjaan penggunaan sebesar ∆C=
  mpcyd x ∆T . Perbelanjaan agregat (AE) akan berkurang sebesar ∆C. Keluk AE beralih dari AE0
   ke AEf  
                 Pada Y0, wujud lebihan AS
  sebesar E0A.  Inventori akan bertambah, firma
  mengurangkan pengeluaran dan pendapatan negara akan berkurang.  
                 Proses ini akan
  berterusan  sehingga  keseimbangan baru dicapai di titik Ef,  dengan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke pendapatan negara guna tenaga penuh Yf   | |||||||
| 
         (iii)   Mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai secara serentak
  untuk mengurangkan perbelanjaan agregat bagi mencapai tingkat pendapatan
  negara gunatenaga penuh. 
         Pengurangan
  AE akibat daripada ketiga–tiga  langkah di atas akan mengurangkan tekanan
  terhadap tingkat harga umum dan meyelesaikan masalah inflasi tarikan
  permintaan 
mrmy@ulat kekek 2013  | |||||||


