Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S6)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

6
Jelaskan empat ciri-ciri  koperasi
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Pemilikan
Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya dan didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di Jabatan Pembangunan Koperasi.




(b)
Pengurusan
Koperasi diurus oleh lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahlinya semasa mesyuarat agung tahunan.
Pengurusan harian koperasi dikendalikan oleh jawatankuasa pengurusan yang dilantik oleh lembaga pengarah koperasi.




(c)
Modal
Modal diperolehi daripada kutipan yuran bulanan atau tahunan yang dibayar, serta saham yang dibeli oleh ahlinya.
Setiap ahli koperasi diwajibkan membeli 100 unit saham, tetapi tidak melebihi 20% daripada jumlah modal koperasi




(d)
Tanggungan / liabiliti
Ahli koperasi menanggung liabiliti terhad, iaitu setakat jumlah modal yang dibeli oleh ahlinya.




(e)
Pembahagian keuntungan
Keuntungan (lebihan) diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen atau bonus, atau kedua-duanya sama ada sekali atau dua kali setahun.