Tuesday, October 22, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 4 (S3)

Tajuk: Perusahaan Kecil Dan Sederhana

3
Jelaskan empat ciri-ciri  perniagaan perkongsian
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Pemilikan
Perkongsian mempunyai 2 – 20 orang rakan kongsi. Lesen perniagaan diperolehi daripada Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) atas nama perniagaan atau nama rakan kongsi




(b)
Pengurusan
Bagi perkongsian biasa, semua rakan kongsi dibenarkan terlibat di dalam pengurusan perniagaan. Rakan kongsi yang aktif akan dibayar gaji / elaun.
Bagi pekongsian berhad, rakan kongsi tidak dibenarkan terlibat dalam pengurusan perniagaan, tetapi dibenarkan menyemak rekod-rekod dan akaun perniagaan.




(c)
Modal
Modal diperolehi daripada rakan kongsi bergantung kepada syarat-syarat  perjanjian bertulis di bawah artikel perkongsian.
Rakan kongsi menyumbangkan modal daripada simpanan sendiri, pinjaman keluarga, rakan dan institusi kewangan




(d)
Tanggungan / liabiliti
Syarikat perkongsian akan menanggung liabiliti yang tidak terhad, kecuali perkongsian berhad yang menganggung liabiliti terhad




(e)
Pembahagian keuntungan
Bagi perkongsian biasa, keuntungan dibahagikan sama rata menurut perjanjian.
Bagi perkongsian berhad, pembahagian keuntungan adalah sama rata mengikut modal saham yang dilaburkan.




(f)
Beban cukai
Setiap rakan kongsi hanya perlu membayar cukai pendapatan perseorangan.