a) | Apakah yang dimaksudkan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan apakah andaian-andaiannya ? | [4] |
Andaian-andaian KKP | ||
i) ii) iii) iv) | Terdapat dua jenis barang sahaja yang dikeluarkan Ekonomi berada pada tingkat gunatenaga penuh Tingkat teknologi adalah tetap Faktor-faktor pengeluaran yang digunakan adalah tetap |
b) | Rajah di bawah menunjukkan satu bentuk keluk kemungkinan pengeluaran | [6] |
Apakah yang anda faham dengan keluk di atas ? | |
Ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barang sahaja iaitu barang X dan Y Pengeluaran di sepanjang KKP seperti di kombinasi A, B dan C adalah pengeluaran pada tingkat guna tenaga penuh kerana semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya Pada pengeluaran di kombinasi D, wujud pengangguran faktor dan pembaziran akibat dari penggunaan faktor yang tidak cekap Pengeluaran pada kombinasi E tidak dapat dicapai kerana kekurangan faktor pengeluaran. Ia hanya boleh dicapai jika berlaku perkembangan teknologi dan pertambahan input pengeluaran Rajah KKP cembung menunjukkan kos lepas yang semakin bertambah |