Monday, April 8, 2013

Bentuk-Bentuk Sekatan PAB

(a)   Terangkan empat bentuk sekatan PAB yang biasa dilakukan oleh negara anda

(b)   Jelaskan  mengapa  kerajaan  mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import dan memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan.

[6]


[4]

Jawapan Cadangan

(a)   Terangkan empat bentuk sekatan PAB yang biasa dilakukan oleh negara anda





[6]
       i      Tarif
             Tarif merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang-barang import. Tarif akan mengurangkan import kerana harga barang import menjadi semakin mahal.
             Tarif akan menggalakkan penggunaan barang tempatan kerana masyarakat mengantikan barang-barang import yang lebih mahal harganya kepada penggunaan barang-barang tempatan

       ii     Kuota
             Kuota merupakan penetapan jumlah maksimum sesuatu barang yang boleh diimport dalam sesuatu jangka masa biasanya setahun. 
             Pengenaan kuota amat membantu pengeluar tempatan kerana barang keluaran mereka tidak lagi menghadapi masalah persaingan dengan pengeluar luar negeri. Kuota tidak boleh menambahkan pendapatan kerajaan.

       iii    Kawalan Mata Wang Asing
             Kawalan mata wang asing ialah  langkah kerajaan melalui bank pusat menghadkan atau mencatu matawang asing yang boleh dibeli oleh pengimport tempatan supaya selaras dengan matlamat kerajaan.
             Kerajaan hanya membenarkan pengimport membeli matawang asing bagi mengimport barang-barang mesti dan bahan-bahan mentah sektor industri sahaja.

       iv    Embargo
             Embargo ialah  tindakan kerajaan mengharamkan kemasukan barang-barang import dengan mengarahkan pihak berkuasa pelabuhan, lapangan terbang serta stesen keretapi menghalang kemasukan barang-barang import dari negara yang dikenakan embargo.
             Langkah ini jarang dilakukan kerana ia akan menimbulkan permusuhan dengan negara lain.

       v    Sekatan Bukan Tarif
             Sekatan bukan tarif ialah langkah kerajaan menggalakkan penggunaan barang-barang tempatan melalui:
                peraturan  mewajibkan  jabatan-jabatan kerajaan mengutamakan pembelian barang-barang tempatan
                penetapan peraturan-peraturan tertentu seperti peraturan mengimport dan peraturan piawaian kesihatan yang perlu dipatuhi oleh pengimport-pengimport tempatan

(b)   Jelaskan  mengapa  kerajaan  mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import dan memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan.

[4]

Sebab kerajaan mengenakan tarif ke atas barang import.

        i      Mengurangkan  import kerana tarif menyebabkan harga barang–barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan harga barang–barang tempatan.

        ii     Membolehkan  pengeluar tempatan bersaing kerana peningkatan harga barang import akibat tarif menyebabkan harga barangan tempatan menjadi lebih kompetitif.

Sebab kerajaan memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan

        i      Mengurangkan  kos  pengeluaran  dan meningkatkan jumlah pengeluaran firma tempatan supaya harga barang dapat dikurangkan.

        Ii     Tingkat  harga  keluaran yang  rendah  akibat  subsidi membolehkan pengeluar tempatan bersaing dengan lebih cekap dan berkesan dengan pengeluar asing.