Data keluaran negara kasar (KNK) dapat mengukur
taraf hidup rakyat sesebuah
negara dengan tepat. Bincangkan
| |
Data
keluaran negara kasar (KNK) dapat
mengukur taraf hidup kerana ia menggambarkan nilai output/keluaran negara.
Semakin tinggi nilai output/keluaran negara, semakin tinggi tingkat pendapatan,
dan semakin tinggi tingkat pendapatan semakin tinggi taraf hidup rakyat.
Namun,
terdapat kelemahan kerana KNK tidak
mengambil kira faktor berikut:-
|
|
(a) Tempoh
waktu bekerja
Peningkatan waktu
bekerja akan meningkatkan KNK dan taraf
hidup. Walau bagaimana pun,
peningkatan waktu bekerja bermakna pengurangan masa rehat yang akan
mengurangkan taraf hidup.
Ini bermakna walau pun KNK meningkat, taraf hidup tidak semestinya meningkat, kecuali
jika diikuti oleh pengurangan masa bekerja dan pertambahan masa rehat. Oleh
itu, KNK tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah
negara
|
|
(b) Kesan
luaran negatif kerana projek pembangunan
Kejayaan projek pembangunan akan meningkatkan nilai KNK. Namun, selalunya projek pembangunan turut
mengeluarkan kesan luaran negatif seperti pencemaran udara, air dan bunyi
yang akan menjejaskan kesihatan dan merendahkan taraf hidup penduduk.
Ini bermakna, sekiranya kesan
eksternaliti negatif berlaku, pertambahan KNK
tidak akan meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya
pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung oleh negara.
Oleh itu,
KNK tidak dapat memberikan
gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|
|
(c) Perbezaan
agihan pendapatan
Pertambahan KNK tidak semestinya
menggambarkan agihan pendapatan masyarakat berada dalam keadaan seimbang dan saksama.
Sekiranya
faedah daripada pertambahan KNK hanya dinikmati oleh segolongan kecil
masyarakat, taraf hidup di negara tersebut tidak akan meningkat kerana
wujudnya jurang agihan pendapatan yang ketara antara golongan kaya dan
golongan miskin.
Oleh itu,
KNK
tidak dapat memberikan gambaran
yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|
|
(d) Komposisi
keluaran negara
Taraf
hidup di sesebuah negara akan meningkat jika pertambahan disebabkan oleh pertambahan
pengeluaran barang pengguna. Sebaliknya,
taraf hidup tidak akan meningkat jika pertambahan KNK disebabkan oleh
pertambahan pengeluaran senjata kerana faedahnya tidak dapat dinikmati oleh
rakyat secara langsung.
Oleh itu,
KNK
tidak dapat memberikan gambaran
yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|
|
(e) Tidak
menunjukkan masalah pengangguran
Taraf hidup
akan meningkat jika
pengangguran berkurang, tetapi data KNK tidak
dapat menunjukkan masalah pengangguran. Walaupun KNK meningkat,
tidak semestinya taraf hidup juga meningkat kerana jika kadar pengangguran
meningkat, taraf hidup akan merosot.
Oleh itu,
KNK tidak dapat memberikan
gambaran yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|
|
(f) Perubahan tingkat harga umum
Taraf hidup
mempunyai hubungan negatif
dengan tingkat harga umum. Kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan taraf
hidup merosot.
Pertambahan
KNK tidak akan meningkatkan taraf
hidup sekiranya tingkat harga umum turut meningkat kerana kos hidup
meningkat, kuasa beli serta kemampuan
masyarakat mendapatkan barang berkurang menyebabkan taraf hidup semakin
merosot.
Oleh itu,
KNK tidak dapat memberikan gambaran
yang sebenar mengenai taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|
|
(g) Kadar
pertambahan penduduk
Taraf
hidup di sesebuah negara bukan sahaja dipengaruhi oleh pertambahan KNK tetapi juga ditentukan oleh
kadar pertambahan penduduk.
Taraf
hidup hanya akan meningkat jika kadar pertambahan KNK adalah lebih
besar dari kadar pertambahan penduduk.
Oleh
kerana itulah KNK perkapita dikatakan lebih
sesuai untuk mengukur taraf hidup rakyat di sesebuah negara
|