Wednesday, October 16, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 3 (S5)

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa Dan Imbangan Pembayaran

5
Terangkan tiga bentuk galakan eksport yang disediakan oleh kerajaan Malaysia

[6]
Jawapan Cadangan


(a)
Potongan dua kali bagi promosi eksport
Insentif diberikan kepada syarikat pemastautin di Malaysia yang mencari peluang eksport bagi barangan pembuatan, pertanian dan perkhidmatan. Di antara perbelanjaan yang layak untuk menerima insentif ini ialah perbelanjaan pengiklanan di luar negeri, penyelidikan pasaran eksport dan pembekalan sampel percuma ke luar negeri.




(b)
Pengecualian cukai pendapatan
Syarikat yang diluluskan sebagai “Syarikat Perdagangan Antarabangsa” diberi pengecualian cukai pendapatan sehingga 70% daripada pendapatan berkanun yang diperolehi daripada peningkatan jualan eksport selama lima tahun.
Syarikat yang menjalankan promosi eksport barangan perkilangan diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10% daripada peningkatan nilai eksport.




(c)
Kemudahan pembiayaan semula kredit eksport (KPSKE)
Skim ini bertujuan membantu pengeksport mendapatkan dana segera bagi mengeksport barangan yang dijual secara kredit.
Pengeksport boleh mendapatkan pembiayaan KPSKE pra-hantaran dan selepas hantaran dengan kadar faedah yang kompetitif.
Skim ini merupakan skim pembiayaan jangka pendek  yang disediakan oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank).




(d)
Skim insurans dan jaminan kredit eksport
Skim ini bertujuan melindungi firma perdagangan, pengeksport, bank dan juga penjual tempatan daripada menanggung kerugian akibat kegagalan menerima bayaran atau kegagalan pembeli memenuhi syarat kontrak. Kerugian tersebut disebabkan pembeli muflis, kegagalan pembeli membuat pembayaran dan keengganan atau kegagalan pembeli menerima barangan