Tuesday, October 29, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 5 (S3)

Tajuk: Institusi Kewangan

3
(a)
Nyatakan dua fungsi utama Bank Negara Malaysia
 [2]

(b)
Jelaskan dua peranan Bank Negara Malaysia sebagai institusi pemberi kredit
     [4]

Jawapan Cadangan


(a)
Fungsi utama Bank Negara Malaysia ialah:-


i
Mengendalikan monetari dan kewangan negara bagi mengekalkan kestabilan harga dan menyokong pembangunan ekonomi negara






ii
Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kerajaan






iii
Mengeluarkan mata wang






iv
menguruskan regim kadar pertukaran asing dan rizab luar negara Malaysia




(b)
i
Memberi pendahuluan sementara
BNM memberi pendahuluan sementara apabila kerajaan mengalami defisit dalam belanjawannya.

Jumlah pendahuluan sementara terhad kepada 12.5 peratus daripada jumlah hasil belanjawan kerajaan dan hendaklah dibayar balik tidak lewat daripada tiga bulan selepas tamatnya tahun kewangan kerajaan.






ii
Sumber pinjaman terakhir
BNM memberi kemudahan pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang mengalami kekurangan tunai untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Pinjaman diberikan dalam bentuk pinjaman langsung dan pendiskaunan sekuriti.