Sunday, July 8, 2012

Mikroekonomi: Permintaan & Keluk Permintaan

a)
Apakah permintaan dan hukum permintaan?
[3]

Permintaan ialah kuantiti sesuatu  sesuatu barang yang sanggup, ingin dan mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga tertentu pada satu-satu masa tertentu
Hukum permintaan menerangkan hubungan songsang di antara harga dengan kuantiti sesuatu barang yang diminta iaitu;-
Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang tersebut diminta dan sebaliknya semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang tersebut diminta.

b)
Dengan menggunakan bantuan gambarajah, jelaskan hukum permintaan
    
[3]

Andaikan harga asal ialah RM 2 dan kuantiti diminta sebanyak 4 unit.
Jika harga jatuh dari RM 2 kepada RM 1, kuantiti diminta akan meningkat daripada 4 unit kepada 6 unit
Jika harga meningkat dari RM 2 kepada RM 3, kuantiti diminta akan berkurang daripada  4 unit kepada 2 unit

Nota: Boleh gunakan simbol P dan Q jika tidak menggunakan angka

c)
Terangkan dua sebab keluk permintaan individu bercerun negatif?
    [4]

i.
Kesan penggantian


Apabila harga sesuatu barang naik, harga barang penggantinya secara relatif menjadi lebih murah. Pengguna akan menggantikan penggunaan barang tersebut dengan barang penggantinya. Oleh itu, kuantiti barang tersebut yang diminta akan berkurang manakala permintaan terhadap barang pengganti akan meningkat




ii.
Kesan pendapatan benar


Penurunan harga sesuatu barang menyebabkan pendapatan benar dan kuasa beli pengguna meningkat. Pada tingkat pendapatan wang yang sama,  permintaan terhadap sesuatu barang akan meningkat.