Tuesday, November 5, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 6 (S9)

Tajuk: Kemiskinan Dan Agihan Pendapatan

9
Terangkan tiga program yang dijalankan oleh FAMA dalam membantu membasmi kemiskinan di Malaysia
  
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Penubuhan RTC  membolehkan kampung-kampung berhampiran terlibat dengan pelaksanaan aktiviti ekonomi yang memberikan nilai ditambah yang tinggi.

Penduduk boleh menjual hasil pertanian secara langsung kepada pembeli serta memperolehi bekalan dan perkhidmatan pada harga yang rendah.




(b)
Ladang Kontrak
Ladang Kontrak bertujuan membantu pengusaha pertanian kecil dan sederhana mendapatkan pulangan yang setimpal daripada penjualan hasil pertanian mereka.

FAMA bertindak sebagai pembeli dan penjamin hasil-hasil tanaman yang dikeluarkan oleh petani




(c)
Pasar Tani Mega dan Gerai Buah-buahan Segar
Pasar Tani Mega mengumpulkan usahawan tani yang mengeluarkan pelbagai hasil pertanian bagi dijual secara langsung kepada pengguna.

Gerai Buah-buahan Segar mengumpulkan peniaga gerai buah-buahan dari seluruh negara untuk mempromosi dan menjual hasil keluaran mereka kepada penguna.