Jawapan Cadangan
(a) Terangkan mengapa
perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import tidak boleh dianggap sebagai imbangan pembayaran ?
|
[2]
|
Perbezaan di antara nilai eksport dan
nilai import adalah merupakan akaun imbangan perdagangan yang termasuk di
dalam akaun semasa dalam imbangan pembayaran.
Ia tidak dianggap sebagai imbangan
pembayaran kerana masih terdapat banyak akaun lain perlu dihitung iaitu akaun
modal, akaun kewangan serta kesilapan dan ketinggalan.
|
|
(b) Berdasarkan pendekatan suntikan-bocoran,
terangkan kesan pertambahan eksport bersih ke atas tingkat pendapatan negara keseimbangan
ekonomi empat sektor
|
[8]
|
Keseimbangan
asal dicapai apabila keluk S+T+M0 bersilang dengan keluk I+G+X0 di titik
E0
pada pendapatan negara Y0.
Pertambahan
eksport bersih adalah disebabkan oleh pertambahan eksport dan pengurangan
import.
Pertambahan
eksport akan mengalihkan keluk I+G+X0 ke I+G X1. Sebaliknya, pengurangan
import akan mengalihkan keluk S+T+M0 ke S+T+M1.
Pada
Y0, suntikan melebihi bocoran. Inventori akan berkurang, firma
meningkatkan pengeluaran dan pendapatan negara akan meningkat. Proses ini
akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1, dengan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1
|