Thursday, September 19, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 1 (S3)

Tajuk: Pengangguran, Guna Tenaga Dan Upah

3
Huraikan tiga sebab yang mewujudkan pengangguran
[6]

Jawapan Cadangan


(a)
Kadar pertumbuhan ekonomi yang lembap


Kelembapan kadar pertumbuhan ekonomi sehingga ekonomi tidak dapat menjana peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi, menyebabkan sebahagian tenaga buruh terpaksa menganggur.

Masalah pengangguran menjadi semakin buruk sekiranya pada masa yang sama, kadar pertambahan penduduk adalah melebihi kadar pertumbuhan ekonomi.




(b)
Peningkatan kos pengeluaran


Berpunca daripada kejayaan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah, kenaikan harga input pengeluaran dan dasar kerajaan meningkatkan cukai terhadap pengeluar akan mengurangkan penawaran agregat.

Oleh itu, firma akan mengurangkan penggunaan tenaga buruh, menyebabkan pengangguran berlaku.




(c)
Pengalaman dan kemahiran buruh


Merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan majikan menawarkan pekerjaan kepada tenaga buruh.

Tenaga buruh yang tidak mempunyai pengalaman bekerja serta tenaga buruh tidak mahir akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, menyebabkan wujudnya pengangguran di kalangan mereka.




(d)
Sikap tenaga buruh


Sikap sebahagian tenaga buruh yang terlalu memilih pekerjaan, iaitu mencari pekerjaan yang sesuai dengan taraf kelulusan mereka, serta tidak berminat untuk mencari pekerjaan tetap, sebaliknya memilih untuk menganggur atau hanya melakukan kerja-kerja yang tidak formal juga turut mempengaruhi jumlah dan kadar pengangguran di sesebuah negara.




(e)
Pemberhentian pekerja


Masalah kemelesetan ekonomi sering dikaitkan dengan tindakan pembuangan pekerja dan pemberhentian kerja secara sukarela.

Krisis ekonomi yang melanda dunia, termasuk Malaysia pada tahun 1998, menyebabkan banyak sektor-sektor ekonomi terutamanya pihak swasta memberhentikan pekerja dan membeku pengambilan pekerja.