(a) Berdasarkan
teori kewangan Keynes, terangkan bagaimana kadar bunga ditentukan
(b) Berdasarkan
gambar rajah, terangkan perubahan terhadap keseimbangan kadar bunga apabila
masyarakat lebih banyak melakukan tabungan di bank perdagangan
|
[5]
|
Jawapan Cadangan
(a) Berdasarkan teori kewangan Keynes,
terangkan bagaimana kadar bunga ditentukan
|
[5]
|
Mengikut Keynes, keseimbangan kadar
bunga ditentukan oleh permintaan dan penawaran wang.
Keseimbangan
tercapai bila keluk MD bersilang dengan keluk MS di titik E0
pada kadar bunga keseimbangan r0 dan kuantiti wang
keseimbangan M0
Pada kadar
bunga yang lebih tinggi daripada r0
seperti di r1,
permintaan wang kurang dari penawaran wang. Lebihan penawaran wang ini akan
menurunkan kadar bunga sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 pada kadar bunga r0
Pada kadar
bunga yang lebih rendah daripada r0
seperti di r2,
permintaan wang melebihi penawaran wang. Lebihan permintaan wang ini akan
meningkatkan kadar bunga sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 pada kadar bunga r0
|
(b) Berdasarkan gambar rajah, terangkan
perubahan terhadap keseimbangan kadar bunga apabila masyarakat lebih banyak melakukan
tabungan di bank perdagangan
|
[5]
|
Keseimbangan tercapai
bila keluk MD bersilang dengan keluk MS0 di titik E0 pada kadar bunga keseimbangan r0 dan kuantiti wang
keseimbangan M0
Pertambahan tabungan dalam bank
perdagangan akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman.
Bekalan wang akan bertambah. Keluk
penawaran wang beralih dari MS0
ke MS1
Pada r0, berlaku lebihan
penawaran wang. Kadar bunga akan turun sehingga mencapai keseimbangan di
titik E1 pada kadar
bunga r1 dan kuantiti wang M1.
Pertambahan tabungan masyarakat di
bank perdagangan menyebabkan kadar bunga jatuh dari r0
ke r1
|