Tuesday, January 15, 2013

Matlamat Utama Makroekonomi

Huraikan tiga matlamat utama yang ingin dicapai dalam sesebuah ekonomi

   [6]
(a)
Mencapai tingkat guna tenaga penuh

Matlamat ini  ingin dicapai  untuk memastikan kadar pengangguran adalah rendah, iaitu dibawah 5%, di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang pesat untuk mencipta peluang-peluang pekerjaan bagi meningkatkan guna tenaga dan taraf hidup / tingkat kebajikan masyarakat serta mengurangkan masalah sosial dan jenayah.

(b)
Kestabilan tingkat harga umum

Matlamat ini ingin dicapai untuk mengelakkan masalah inflasi. Ia bertujuan mengawal taraf hidup rakyat/tingkat kebajikan masyarakat supaya pendapatan benar dan kuasa beli rakyat tidak merosot, serta mengawal nilai mata wang negara bagi memastikan kegiatan ekonomi menjadi lebih stabil


(c)
Membaiki imbangan pembayaran

Matlamat  ini  ingin dicapai untuk  mengawal aliran wang dan aliran modal yang masuk adalah melebihi aliran wang dan aliran modal yang keluar supaya rezab mata wang asing negara  meningkat, mengawal kemerosotan kadar pertukaran asing, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan guna tenaga.


(d)
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

Matlamat ini ingin dicapai untuk meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan, menyediakan infrastruktur yang lebih baik, mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk meningkatkan guna tenaga supaya  pendapatan masyarakat dan taraf hidup/ tingkat kebajikan  masyarakat meningkat.