Wednesday, April 3, 2013

Faedah Mutlak Dan Faedah Berbanding

(a)   Apakah maksud faedah mutlak dan faedah berbanding ?

(b)   Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan konsep faedah mutlak dan faedah berbanding.
[2]


[8]
Jawapan Cadangan

(a)   Apakah maksud faedah mutlak dan faedah berbanding ?



[2]
        Faedah mutlak ialah faedah yang diperolehi oleh sesebuah negara di dalam pengeluaran suatu barang apabila ia dapat mengeluarkan barangan tersebut dengan lebih cekap berbanding dengan negara lain.

        Faedah mutlak ialah faedah yang diperolehi oleh sesebuah negara di dalam pengeluaran suatu barang apabila ia dapat mengeluarkan barangan tersebut pada kos lepas/harga relatif yang lebih rendah berbanding dengan negara lain.

(b)   Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan konsep faedah mutlak dan faedah berbanding

[8]
       
Negara
Barang X (unit)
Barang Y (unit)
A
B
60
10
20
60
       
        Negara A dikatakan mempunyai faedah mutlak di dalam pengeluaran barang X  kerana ia lebih cekap mengeluarkan barang X, iaitu mengeluarkan lebih banyak barang X berbanding dengan negara B.

        Negara B dikatakan mempunyai faedah mutlak di dalam pengeluaran barang Y kerana ia lebih cekap mengeluarkan barang Y, iaitu mengeluarkan lebih banyak barang Y berbanding dengan negara A.

Negara
Barang X (unit)
Barang Y (unit)
Kos lepas bagi 1 unit X
Kos lepas bagi 1 unit Y
A
B
60
10
80
60
4/3 unit Y
6 unit Y
3/4 unit X
1/6 unit X

        Negara A menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang X  kerana kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang X adalah lebih rendah iaitu 4/3 unit barang Y berbanding sebanyak 6 unit barang Y di negara B.

        Negara B menikmati faedah berbanding dalam pengeluaran barang Y kerana kos lepas untuk mengeluarkan 1 unit barang Y adalah lebih rendah iaitu 1/6 unit barang X berbanding sebanyak ¾ unit barang X di negara A