Jawapan
Cadangan
(a) i. Nyatakan dua
syarat keseimbangan pendapatan negara ekonomi empat sektor
|
[1]
|
Y = C + I + G + ( X – M ) (pendekatan
AE– Y)
I
+ G + X = S + T + M (pendekatan
suntikan–bocoran)
|
|
ii. Apakah yang dimaksudkan
dengan perbelanjaan agregat dalam ekonomi empat sektor. Berikan
contoh-contohnya.
|
[3]
|
Perbelanjaan
agregat ialah jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh sektor isi rumah, firma,
kerajaan dan sektor luar negeri di dalam ekonomi.
Ia
meliputi perbelanjaan penggunaan isi rumah (C), perbelanjaan pelaburan (I),
perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport
bersih (X – M)
|
|
(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi import
|
[6]
|
i. Pendapatan nengara
Import
dipengaruhi oleh pendapatan negara secara positif. Semakin tinggi tingkat
pendapatan negara, semakin tinggi import negara tersebut.
Sebaliknya,
semakin rendah tingkat pendapatan negara, semakin rendah import negara
tersebut.
ii. Perubahan cita rasa pengguna di dalam negara
Cita rasa pengguna di dalam negara yang
lebih suka barang keluaran negara asing akan meningkatkan import negara
tersebut.
Sebaliknya, jika cita rasa pengguna
di dalam negara tidak suka barang
keluaran negara asing, import negara tersebut akan berkurang
iii. Perubahan kadar pertukaran asing
Kemerosotan kadar pertukaran asing
sesebuah negara menyebabkan harga importnya menjadi lebih mahal dan akan
mengurangkan negara tersebut.
Sebaliknya, peningkatan kadar pertukaran
asing sesebuah negara menyebabkan harga importnya menjadi lebih murah dan
akan meningkatkan importnya.
iv. Perubahan harga atau kualiti barang pengganti import
Penurunan harga dan peningkatan kualiti
barang pengganti import keluaran tempatan akan meningkatkan permintaan
terhadap barang tersebut dan mengurangkan import.
Sebaliknya, peningkatan harga dan
kemerosotan kualiti barang pengganti import keluaran tempatan akan
mengurangkan permintaan terhadap barang tersebut dan meningkatkan import.
v. Dasar perdagangan negara
Import sesebuah negara akan berkurang
apabila negara tersebut memperketatkan dasar-dasar sekatan perdagangan
seperti tarif, kuota dan kawalan pertukaran asing untuk mengimport.
Sebaliknya, import sesebuah negara akan
meningkat jika negara tersebut membatalkan @ melonggarkan dasar-dasar sekatan perdagangan tersebut
vi. Inflasi dalam negara
Inflasi dalam sesebuah negara akan
meningkatkan tingkat harga barang di dalam negara. Oleh itu, harga import
negara tersebut secara relatifnya akan menjadi lebih murah dan akan meningkat import negara tersebut.
|