Monday, April 8, 2013

Kesan Tarif Terhadap Ekonomi

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara

[10]

Jawapan Contoh

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara



[10]


 Atau
       Keseimbangan ketika perdagangan antarabangsa tanpa tarif dijalankan ialah di titik E1 iaitu pada tingkat harga P1, jumlah penggunaan dalam negara ialah 0Q4 unit keluaran. Jumlah keluaran firma tempatan pula ialah 0Q1 unit keluaran. Oleh itu, jumlah import ialah Q1Q4 unit keluaran.

        Apabila tarif dikenakan, harga meningkat ke P2. Jumlah penggunaan dalam negara ialah 0Q3 unit keluaran. Jumlah keluaran firma tempatan meningkat sebanyak Q1Q2 dari 0Q1 ke 0Q2, telah meningkatkan tingkat guna tenaga dan mengurangkan pengangguran manakala jumlah import berkurang dari Q1Q4 ke Q2Q3 unit keluaran telah dapat mengatasi masalah imbangan pembayaran/imbangan perdagangan.

        Tarif telah meningkatkan hasil cukai import kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, peningkatan harga dari P1 ke P2 telah mengurangkan penggunaan dalam negara sebanyak Q3Q4, menyebabkan tingkat kebajikan pengguna dan lebihan pengguna berkurang