Jawapan Cadangan
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan suntikan
dan bocoran. Nyatakan contoh – contoh suntikan dan bocoran di dalam ekonomi
tiga sektor
|
[4]
|
Suntikan
ialah aliran masuk ke dalam aliran pusingan pendapatan yang akan membesarkan
saiz pendapatan negara. Ia terdiri dari pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G)
Bocoran
ialah aliran keluar daripada aliran pusingan pendapatan yang akan mengecilkan
saiz pendapatan negara. Ia terdiri dari tabungan (S) dan cukai (T)
|
|
(b) Huraikan
tiga faktor yang mempengaruhi
tabungan isi rumah
|
[6]
|
i. Pendapatan negara
Saiz tabungan dipengaruhi oleh saiz
pendapatan negara. Semakin
tinggi tingkat pendapatan negara, semakin
besar kemampuan masyarakat untuk menabung. Oleh itu, semakin tinggilah
tabungan. Sebaliknya, semakin rendah tingkat
pendapatan negara, semakin rendah tingkat tabungan masyarakat.
|
|
ii. Kecenderungan
menabung sut (MPS)
Nilai MPS yang besar menggambarkan sebahagian besar dari pertambahan
pendapatan digunakan untuk menambahkan tabungan. Oleh itu, semakin besar
nilai MPS, semakin besar tabungan. Sebaliknya,
semakin kecil nilai MPS, semakin
rendah tingkat tabungan masyarakat.
|
|
iii. Kadar bunga
Kadar bunga adalah pulangan kepada
tabungan. Semakin tinggi kadar bunga, semakin tinggilah tabungan masyarakat
di institusi kewangan. Sebaliknya,
pada tingkat kadar bunga yang rendah, tabungan di institusi kewangan akan
berkurang
iv. Jaminan pendapatan di masa depan | |
Jaminan pendapatan di masa depan
seperti pencen menyebabkan masyarakat tidak memberikan tumpuan kepada
tabungan tetapi sebaliknya cenderung menggunakan sebahagian besar pendapatan
mereka untuk membiayai perbelanjaan penggunaan. Oleh itu, tingkat tabungan pada masa kini akan berkurang. Sebaliknya, ketiadaan jaminan pendapatan di masa
depan akan menggalakkan peningkatan tabungan masa kini untuk kegunaan masa
depan.
v. Jangkaan harga masa depan Sekiranya masyarakat menjangka harga pada masa depan akan naik, perbelanjaan masyarakat pada masa kini akan meningkat. Oleh itu, tabungan akan berkurang. Sebaliknya, jika masyarakat menjangkakan harga pada masa depan akan jatuh, tabungan pada masa kini akan meningkat kerana perbelanjaan masyarakat yang semakin berkurang. |
vi. Sikap berjimat cermat
Sikap isi rumah yang berjimat cermat
kerana mementingkan jaminan di masa depan akan meningkatkan tabungan pada
masa kini. Sebaliknya, jika isi rumah lebih mementingkan penggunaan pada masa
kini, maka tabungan akan berkurang
|