Saturday, March 9, 2013

Kesan Susut Nilai Mata Wang @ Terkurang Nilai Mata Wang @ Devaluasi Terhadap Keseimbangan

Dengan  menggunakan gambar rajah  pendekatan  ADAS, 
(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan susut nilai mata wang @ terkurang nilai mata wang @ devaluasi ?
(b)   Dengan  menggunakan  gambar rajah  ADAS,  jelaskan  kesan susut  nilai  matawang  @ terkurang nilai matawang  @ devaluasi terhadap tingkat pendapatan negara keseimbangan


[2]


[8]
Jawapan cadangan

(a)   Apakah yang dimaksudkan dengan susut nilai mata wang @ terkurang nilai mata wang @ devaluasi ?



[2]
        Susut nilai mata wang ialah kejatuhan nilai mata wang dalam negeri disebabkan oleh pertambahan permintaan mata wang asing atau pengurangan penawaran mata wang asing di pasaran bebas
        Contoh: andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00 = RM3.30. Jika kadar pertukaran berubah menjadi US$1.00 = RM3.50, maka mata wang RM mengalami susut nilai

Atau
        Terkurang nilai mata wang ialah harga mata wang sesebuah negara dinilai lebih rendah daripada nilai kadar pertukaran keseimbangan di dalam pasaran pertukaran tetap.
        Contoh: andaikan kadar pertukaran keseimbangan ialah US$1.00 = RM3.30, dan kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada nilai ringgit yang lebih rendah US$1.00 = RM3.50. maka,  mata wang RM menjadi terkurang nilai

Atau
        Devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai mata wang berbanding dengan mata wang asing, di dalam sistem kadar pertukaran tetap, bertujuan untuk membaiki imbangan pembayaran
Contoh: Andaikan pada mulanya £1 = RM 6. Apabila kadar pertukaran diubah menjadi  £1= RM8, Malaysia dikatakan telah mendevaluasikan nilai matawangnya.

(b)   Dengan  menggunakan  gambar rajah  ADAS,  jelaskan  kesan susut  nilai  matawang  @ terkurang nilai matawang  @ devaluasi terhadap tingkat pendapatan negara keseimbangan


[8]
        Keseimbangan asal dicapai di titik E0 di persilangan keluk AD0 dan keluk AS pada  harga P0   dan pendapatan negara benar Y0.

        Susut  nilai  matawang  @ terkurang nilai matawang  @ devaluasi akan menyebabkan harga import menjadi lebih mahal dan harga eksport menjadi lebih murah.

        Eksport meningkat dan import berkurang. Eksport bersih, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat akan meningkat. Keluk  AD0 beralih ke AD1.

        Pada tingkat harga P0, berlaku lebihan permintaan agregat sebesar Y0Y2. Tingkat harga akan meningkat dan proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai di titik E1 pada   harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.

        Susut  nilai  matawang  @ terkurang nilai matawang  @ devaluasi menyebabkan tingkat harga umum meningkat dari  P0 ke P1 dan pendapatan negara  benar  meningkat dari Y0 ke Y1.