Sunday, July 8, 2012

Mikroekonomi: Ciri SE Islam & C/tangan Kerajaan


a)
Apakah sistem ekonomi islam ? Huraikan secara ringkas dua ciri–ciri  sistem ekonomi Islam

[6]

Sistem ekonomi Islam merupakan sistem ekonomi yang dijalankan mengikut kaedah – kaedah atau hukum–hukum yang telah ditetapkan oleh Allah (hukum syarak), berlandaskan kepada    al–Quran, hadis, ijma’ dan qias.

Ciri–cirinya ialah


i.
Keputusan ekonomi
Individu dan kerajaan memainkan peranan bersama di dalam membuat keputusan ekonomi selagi tidak bercanggah dengan ajaran atau syariat Islam.




ii.
Pemilikan sumber
Individu bebas untuk memiliki seberapa banyak sumber seperti buruh, modal, tanah atau usahawan selagi bersifat halal, adil dan tidak bercanggah dengan ajaran atau syariat Islam




iii.
Matlamat
Sistem ekonomi  Islam bertujuan untuk mengimbangi kepentingan individu dan masyarakat dari segi keuntungan dan kebajikan. Sekiranya ia gagal berbuat demikian, kepentingan masyarakat akan didahulukan daripada kepentingan individu.




iv.
Persaingan
Sistem ekonomi islam menggalakkan persaingan yang sihat iaitu secara adil dan saksama. Kegiatan – kegiatan seperti penipuan, penindasan, makan riba dan sorokan di tegah sama sekali.


Pilih dua fakta sahaja

 
b)
Jelaskan dua bentuk campurtangan kerajaan bagi mengatasi kelemahan sistem ekonomi
     [4]
 

i.
Dasar harga maksimum
Menjalankan dasar harga maksimum yang menetapkan harga pasaran yang lebih rendah dari harga keseimbangan bertujuan meringankan beban pengguna daripada kesan kenaikan harga barang di pasaran.




ii.
Dasar harga minimum
Menjalankan dasar harga minimum yang menetapkan harga pasaran yang lebih tinggi dari harga keseimbangan pasaran bertujuan menstabilkan pendapatan pengeluar terutamanya di sektor pertanian yang sering berhadapan dengan turun naik harga yang serius.




iii.
Percukaian
Kerajaan mengenakan cukai tak langsung ke atas pengeluar akan meningkatkan kos pengeluaran menyebabkan penggunaan sesuatu barang berkurang. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengagihkan pendapatan dari golongan kaya kepada miskin dan meningkatkan pendapatan kerajaan




iv.
Subsidi
Subsidi kerajaan kepada pengeluar akan merendahkan kos pengeluaran.Ini membolehkan pengeluar mengenakan harga yang rendah yang mampu dibayar oleh masyarakat di pasaran. Subsidi secara langsung kepada golongan miskin juga akan mengurangkan jurang perbezaan agihan pendapatan dalam masyarakat.




v.
Peraturan dan undang – undang
Kerajaan mengadakan peraturan dan undang – undang untuk mengelakkan kesan eksternaliti negatif dan eksploitasi ke atas pengguna bagi menjaga kebajikan masyarakat.


Nota: Pilih dua fakta sahaja