(a) Berdasarkan
gambar rajah, terangkan perubahan terhadap keseimbangan kadar bunga apabila berlaku kenaikan dalam pendapatan nominal / permintaan wang untuk urus niaga
/ permintaan wang untuk awasan / permintaan wang untuk spekulasi
(b) Apakah
perangkap kecairan ? Dengan
menggunakan rajah, jelaskan kesan pertambahan bekalan wang
pada perangkap kecairan terhadap
tingkat kegiatan ekonomi negara
|
[5]
|
Jawapan
Cadangan
(a) Berdasarkan gambar rajah, terangkan
perubahan terhadap keseimbangan kadar bunga apabila berlaku kenaikan dalam
pendapatan nominal / permintaan wang untuk urus niaga / permintaan wang untuk
awasan / permintaan wang untuk spekulasi
|
[5]
|
Keseimbangan tercapai bila keluk MD0 bersilang dengan keluk MS di titik E0 pada kadar bunga keseimbangan r0 dan kuantiti wang
keseimbangan M0.
Kenaikan dalam
pendapatan nominal / permintaan wang untuk urus niaga / permintaan wang untuk
awasan / permintaan wang untuk spekulasi akan meningkatkan permintaan wang. Keluk permintaan wang akan beralih dari MD0 ke MD1.
Pada r0, berlaku lebihan
permintaan wang. Kadar bunga akan naik sehingga mencapai keseimbangan di
titik E1 pada kadar
bunga r1 dan kuantiti wang M0.
Kenaikan pendapatan nominal / permintaan
wang untuk urus niaga / permintaan wang untuk awasan / permintaan wang untuk
spekulasi akan meningkatkan kadar bunga dari r0 ke r1
|
(b) Apakah
perangkap kecairan ?
Dengan
menggunakan rajah, jelaskan kesan pertambahan bekalan wang
pada perangkap kecairan terhadap
tingkat kegiatan ekonomi negara
|
[5]
|
Perangkap
kecairan ialah keadaan di mana kadar bunga di dalam ekonomi adalah sangat
rendah menyebabkan keluk permintaan wang menjadi anjal sempurna.
Keseimbangan
tercapai bila keluk MD bersilang dengan keluk MS0 di titik E0
pada kadar bunga keseimbangan r0 dan kuantiti wang
keseimbangan M0.
Pertambahan
bekalan wang akan mengalihkan keluk MS0 ke MS1 . Keseimbangan baru
dicapai di titik E1
apabila keluk MD bersilang dengan keluk MS1 dengan kadar bunga keseimbangan kekal pada r0.
Pada perangkap kecairan, pertambahan
bekalan wang tidak akan mengubahkan kadar bunga keseimbangan. Oleh yang
demikian, pelaburan, perbelanjaan agregat dan tingkat pendapatan negara
keseimbangan juga tidak akan mengalami sebarang perubahan.
|