a) | Apakah maksud permintaan dan penawaran ? | [2] |
Permintaan ialah kuantiti sesuatu sesuatu barang yang sanggup, ingin dan mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga tertentu pada satu-satu masa tertentu |
b) | Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang | [8] |
Keseimbangan pasaran merujuk kepada keadaan di mana kuantiti yang diminta adalah sama dengan kuantiti yang ditawar pada tingkat harga pasaran yang tertentu. Keseimbangan pasaran dicapai apabila DD=SS di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0 Pada tingkat harga yang lebih tinggi dari P0, contohnya P1, wujud lebihan penawaran sebesar AB. Harga akan turun menyebabkan penawaran berkurang dan permintaan bertambah. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0 Pada tingkat harga yang lebih rendah dari P0, contohnya P2, wujud lebihan permintaan sebesar MN. Harga akan meningkat menyebabkan penawaran bertambah dan permintaan berkurang. Proses ini berterusan sehingga pasaran mencapai keseimbangan di titik E pada harga keseimbangan 0P0 dan kuantiti keseimbangan 0Q0 |