Huraikan alasan –
alasan mengapa pertumbuhan keluaran dalam
negeri kasar benar / keluaran negara kasar benar / pendapatan negara benar /
kadar pertumbuhan ekonomi tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam
tingkat kebajikan ekonomi pengguna di sesebuah negara
|
[10]
|
(a) Tempoh
waktu bekerja
Peningkatan waktu bekerja akan meningkatkan KDNK
benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi. Walau bagaimana pun, peningkatan waktu bekerja bermakna
pengurangan masa rehat yang akan mengurangkan tingkat kebajikan.
Ini bermakna walau pun KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar
pertumbuhan ekonomi meningkat, tingkat kebajikan tidak semestinya meningkat,
kecuali jika diikuti oleh pengurangan masa bekerja dan pertambahan masa
rehat.
Oleh itu, KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|
(b) Kesan
luaran negatif kerana projek pembangunan
Kejayaan projek pembangunan akan meningkatkan nilai KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar
pertumbuhan ekonomi. Namun, selalunya projek pembangunan turut
mengeluarkan kesan luaran negatif seperti pencemaran udara, air dan bunyi
yang akan menjejaskan kesihatan dan merendahkan taraf hidup penduduk.
Ini bermakna, sekiranya kesan
eksternaliti negatif berlaku, pertambahan KDNK
benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak akan meningkatkan tingkat kebajikan kerana wujudnya
pelbagai kos sosial yang perlu ditanggung oleh negara.
Oleh itu,
KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|
(c) Perbezaan
agihan pendapatan
Pertambahan KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar
pertumbuhan ekonomi tidak semestinya menggambarkan agihan pendapatan masyarakat berada dalam keadaan seimbang dan
saksama.
Sekiranya
faedah daripada pertambahan KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar
pertumbuhan ekonomi hanya dinikmati oleh segolongan kecil
masyarakat, tingkat kebajikan di negara tersebut tidak akan meningkat kerana
wujudnya jurang agihan pendapatan yang ketara antara golongan kaya dan
golongan miskin.
Oleh itu,
KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|
(d) Komposisi
keluaran negara
Tingkat kebajikan
di sesebuah negara akan meningkat jika pertambahan KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh
pertambahan pengeluaran barang
pengguna. Sebaliknya, tingkat kebajikan tidak akan meningkat jika pertambahan KDNK benar / KNK benar
/ pendapatan negara
benar / kadar pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh pertambahan
pengeluaran senjata kerana faedahnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat secara
langsung.
Oleh itu,
KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|
(e) Tidak
menunjukkan masalah pengangguran
Tingkat kebajikan
akan meningkat jika
pengangguran berkurang, tetapi data KDNK benar / KNK benar
/ pendapatan negara
benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat menunjukkan masalah
pengangguran. Walaupun KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi meningkat, tidak
semestinya tingkat kebajikan juga meningkat kerana jika kadar pengangguran
meningkat, ingkat kebjikan akan merosot.
Oleh itu,
KDNK
benar / KNK benar /
pendapatan negara benar / kadar pertumbuhan ekonomi tidak dapat
memberikan gambaran yang sebenar mengenai tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|
(f) Kadar pertambahan penduduk
Taraf hidup dan tingkat kebajikan di sesebuah negara bukan sahaja dipengaruhi
oleh pertambahan KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar / kadar
pertumbuhan ekonomi tetapi juga ditentukan oleh kadar pertambahan penduduk.
Taraf hidup dan tingkat kebajikan hanya akan meningkat jika kadar pertambahan KDNK benar / KNK benar
/ pendapatan negara
benar / kadar pertumbuhan ekonomi adalah lebih besar dari kadar
pertambahan penduduk.
Oleh
kerana itulah KDNK benar / KNK benar / pendapatan negara benar perkapita
dikatakan lebih sesuai untuk mengukur tingkat kebajikan ekonomi pengguna antara masa / di sesebuah negara
|