Tuesday, April 16, 2013

Penentuan Kadar Pertukaran Di Dalam Sistem KP Berubah Dan KP Tetap

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran boleh ubah ? Dengan menggunakan rajah, terangkan  bagaimana  sistem tersebut menentukan kadar pertukaran sesuatu mata wang tersebut dengan mata wang asing


[6]

Jawapan Cadangan

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran boleh ubah ? Dengan menggunakan rajah, terangkan  bagaimana  sistem tersebut menentukan kadar pertukaran sesuatu mata wang tersebut dengan mata wang asing





[6]
        Sistem kadar pertukaran boleh ubah adalah  sistem  di mana kadar pertukaran asing ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing di pasaran bebas tanpa campur tangan kerajaan
        Keseimbangan kadar pertukaran asing dicapai apabila keluk permintaan mata wang pound sterling (£)  bersilang dengan keluk penawaran mata wang  £, di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan £ 1 = RM 4 dan kuantiti £ diminta dan ditawarkan sebanyak 0Q0

        Pada kadar pertukaran £ 1 = RM 5, wujud lebihan penawaran mata wang   £ sebanyak Q1Q2. Kesannya, kadar pertukaran akan turun. Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan dicapai di titik E0 pada kadar pertukaran £1 = RM4.

       Pada kadar pertukaran £ 1 = RM 3, wujud lebihan permintaan £ sebanyak Q1Q2. Kesannya, kadar pertukaran akan meningkat.  Proses ini akan berterusan sehingga keseimbangan dicapai di titik E0 pada kadar pertukaran £1 = RM4.


Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran  tetapDengan menggunakan rajah, terangkan bagaimana sistem tersebut menentukan kadar pertukaran sesuatu mata wang tersebut dengan mata wang asing



[6]
        Sistem  kadar  pertukaran  tetap  ialah  sistem di mana kadar pertukaran asing  ditetapkan oleh kerajaan bagi membaiki imbangan pembayaran dan memajukan ekonomi.

        Keseimbangan kadar pertukaran asing dicapai apabila keluk permintaan mata wang dolar Amerika Syarikat (USD)  bersilang dengan keluk penawaran mata wang  dolar Amerika Syarikat (USD), di titik E0, dengan kadar pertukaran keseimbangan USD 1 = RM 4 dan kuantiti USD diminta dan ditawarkan sebanyak 0Q0

         Jika kerajaan campur tangan dengan menetapkan kadar pertukaran asing pada kadar pertukaran yang lebih tinggi iaitu USD1 = RM 4, wujud lebihan penawaran mata wang USD sebanyak Q1Q2.. Oleh itu, kerajaan terpaksa membeli lebihan penawaran mata wang USD tersebut bagi memastikan DDUSD = SSUSD di 0Q1

         Sebaliknya, jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing pada kadar pertukaran yang lebih rendah iaitu  USD 1 = RM 2, wujud lebihan permintaan mata wang USD sebanyak Q1Q2. Oleh itu, kerajaan terpaksa menjual mata wang USD sebanyak Q1Q2  bagi memastikan DDUSD = SSUSD di OQ2