Saturday, July 28, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Dan Jumlah Hasil

Dengan menggunakan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan kenaikan harga ke atas jumlah hasil jika
a)
keluk permintaan tidak anjal
[4]
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan  ditunjukkan oleh kawasan  0P0TQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan baru yang diperolehi ditunjukkan oleh kawasan 0P1SQ1
Oleh kerana kawasan jumlah perbelanjaan baru (0P1SQ1) adalah lebih besar daripada  jumlah perbelanjaan asal (0P0TQ0), peningkatan harga barang akan  meningkatkan  jumlah perbelanjaan

b)
keluk permintaan anjal
[3]
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan  ditunjukkan oleh kawasan  0P0GQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan baru yang diperolehi ditunjukkan oleh kawasan 0P1FQ1
Oleh kerana kawasan jumlah perbelanjaan baru 0P0GQ0  adalah lebih besar daripada jumlah perbelanjaan asal (0P1FQ1), peningkatan harga barang akan  mengurangkan jumlah perbelanjaan

c)
keluk permintaan anjal satu
[3]
Andaikan pada mulanya harga dan kuantiti barang adalah P0 dan Q0  masing–masing. Jumlah perbelanjaan ditunjukkan oleh kawasan 0P0VQ0
Apabila harga meningkat dari P0 ke P1, kuantiti diminta jatuh dari Q0 ke Q1.  Jumlah perbelanjaan  yang diperoleh ditunjukkan oleh kawasan  0P1TQ1
Oleh kerana kawasan jumlah perbelanjaan baru (0P1TQ1) menyamai kawasan jumlah perbelanjaan asal (0P0VQ0), peningkatan harga barang tidak akan mengubahkan  jumlah perbelanjaan.