Wednesday, March 27, 2013

Ciri Dan Fungsi Utama Bank Pusat

(a)     Apakah bank pusat ? Nyatakan dua ciri utama bank pusat.

(b)     Terangkan secara ringkas fungsi utama Bank Negara Malaysia
[2]

[8]


Jawapan Cadangan

(a)     Apakah bank pusat ? Nyatakan dua ciri utama bank pusat.



[2]
         Bank pusat ialah institusi perbankan utama yang dimiliki oleh kerajaan dan berfungsi mengatur kegiatan institusi kewangan di dalam sesebuah ekonomi.
         Ciri – ciri utama bank pusat ialah:-
         i.    hanya terdapat satu bank pusat di setiap negara
         ii.    berkuasa mengeluarkan / mencetak mata wang

(b)     Terangkan secara ringkas fungsi utama Bank Negara Malaysia

[8]
i.      Mencetak mata wang
               Bank Negara Malaysia (BNM) diberikan kuasa oleh kerajaan untuk mengawal bekalan wang serta mencetak wang kertas dan syiling setakat yang mencukupi  untuk keperluan ekonomi semasa.
               Cetakan wang yang berlebihan akan mewujudkan inflasi manakala kekurangan wang akan melambatkan pertumbuhan ekonomi

         ii.    Jurubank kepada kerajaan
               Mentadbir akaun kerajaan dengan menguruskan penerimaan hasil kerajaan, menguruskan pembayaran perbelanjaan kerajaan kepada kerajaan negeri dan badan-badan kerajaan, menguruskan pinjaman kerajaan dari dalam dan luar negara dan memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan ketika kerajaan mengalami kekurangan dana.

         iii.   Jurubank kepada bank perdagangan
               Memastikan penyediaaan rizab mudah tunai minimum dan rizab berkanun seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan, menjadi sumber pinjaman terakhir bagi bank-bank perdagangan yang menghadapi masalah kecairan dan tempat penyelesaian hutang-hutang di antara bank perdagangan di “Rumah Penjelasan”.

         iv.  Melaksanakan dasar kewangan
               Bank pusat melaksanakan dasr kewangan kuantitatif dan kualitatif untuk mengawal kemelesetan ekonomi dan inflasi.
               Ia bertujuan untuk mencapai matlamat kestabilan tingkat harga umum, tingkat gunatenaga penuh, pertumbuhan ekonomi dan imbangan pembayaran yang positif.

         v.   Mengawal kegiatan bank-bank perdagangan dan badan-badan kewangan lain
               Mengawal kegiatan bank-bank perdagangan dan badan-badan kewangan dengan mengawal pemberian pinjaman bank perdagangan untuk mengelakkan inflasi, serta memastikan bank perdagangan mempunyai cadangan tunai yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan pelanggannya.

         vi.  Mengawal kestabilan nilai mata wang
               Mempertahankan kestabilan nilai pertukaran mata wang asing dengan mengekalkan keseimbangan imbangan pembayaran melalui sekatan import, galakan eksport serta perubahan kadar bunga