Sunday, July 8, 2012

Mikroekonomi: Kuantitatif KKP (S2)

Jadual di bawah menunjukkan kombinasi barang A dan barang B yang dapat dikeluarkan oleh negara X
Kombinasi
Barang A (unit)
Barang B (unit)
A
B
C
D
E
F
0
5
10
15
20
25
75
70
60
45
25
0
a)
Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran?
    [2]

Keluk kemungkinan pengeluaran ialah keluk yang menunjukkan  kombinasi maksimum dua jenis barang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara/ekonomi dengan menggunakan sumber yang ada dengan sepenuhnya pada suatu tingkat teknologi yang tertentu



b)
Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran di atas ? Mengapa
    [2]

keluk kemungkinan pengeluaran di atas berbentuk cembung kerana ia menunjukkan kos lepas yang semakin bertambah



c)
Sekiranya kemajuan teknologi menyebabkan pengeluaran barang B meningkat sebanyak 50%, hitung

i.
pengeluaran barang B pada setiap kombinasi
[2]

Kombinasi
Barang A (unit)
Barang B (unit)
A
B
C
D
E
F
0
5
10
15
20
25
112.5
105
90
67.5
37.5
0








Nota: Jalan Pengiraan mesti ditunjukkan


ii
kos lepas bagi 20 unit barang A sebelum dan selepas kemajuan teknologi
    [2]


Sebelum kemajuan teknologi
Kos lepas 20 unit barang A ialah 50 unit barang B

Selepas kemajuan teknologi
Kos lepas 20 unit barang A ialah 75 unit barang B






iii
kadar perbezaan kos lepas dalam (ii)
[2]
                           Kadar perbezaan kos lepas
=
75 – 50
x
10
50
=
50%