Thursday, July 5, 2012

Mikroekonomi: Peralihan KKP


a)
Apakah keluk kemungkinan pengeluaran ?
[2]

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan  kombinasi maksimum dua jenis barang yang dikeluarkan oleh sesebuah negara/ekonomi dengan menggunakan sumber yang ada dengan sepenuhnya pada suatu tingkat teknologi yang tertentu


b)
Apakah faktor-faktor yang mengubah keluk kemungkinan pengeluaran ? Huraikan satu persatu

[8]

 
Perubahan teknologi
Contohnya ; perkembangan teknologi yang membawa kepada penggunaan mesin, baja yang lebih berkualiti dan lain-lain akan menyebabkan keluk KKP bergerak dari AA ke BB

Perubahan input.
Contohnya; Pertambahan buruh, tanah dan penemuan sumber baru  akan menyebabkan keluk KKP bergerak dari AA ke BB


Jika memilih titik P → iaitu barang modal (M2) lebih besar daripada barang penggunaan (P2), KKP masa depan bergerak lebih besar iaitu dari CC kepada BB.

Jika memilih titik Q, iaitu barang modal (M1) lebih kecil daripada barang penggunaan (P1), KKP masa depan bergerak dengan lebih kecil iaitu darip CC ke AA