Sunday, August 26, 2012

Mikroekonomi: Ekonomi Bidangan


a)
Apakah maksud ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran ?
[2]

Ekonomi bidangan dalaman ialah kenaikan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor dalaman firma @ pengeluaran secara besar – besaran yang membawa kepada penurunan kos purata jangka panjang.
Ekonomi bidangan luaran ialah kenaikan kecekapan firma disebabkan oleh faktor–faktor luaran firma @ perkembangan industri secara keseluruhan yang membawa kepada penurunan kos purata jangka panjang

b)
Jelaskan empat bentuk Ekonomi Bidangan Luaran.
[8]


i.
Kemudahan infrastruktur


Perletakan firma  di kawasan perindustrian membolehkannya menikmati berbagai–bagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik yang disediakan oleh kerajaan, yang akan menggalakkan perkembangan firma itu secara keseluruhan dan menurunkan kos purata pengeluaran firma.




ii.
Bekalan tenaga buruh


Tumpuan tenaga buruh ke kawasan perindustrian akan menggalakkan penghijrahan tenaga buruh ke sekitar kawasan tersebut. Ini  membolehkan firma memperolehi bekalan tenaga buruh mahir atau tenaga buruh kurang mahir dengan mudah. Oleh itu, kos latihan pekerja–pekerja baru dapat dijimatkan menyebabkan kos purata berkurang.




iii.
Ekonomi teknologi dan maklumat


Kejayaan firma–firma lain dalam kegiatan R&D akan membolehkan sesebuah firma turut menikmati faedah dari kejayaan itu. Hasil–hasil kejayaan R&D yang diedarkan melalui majalah dan jurnal ke seluruh industri akan membantu meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran firma itu dan seterusnya  menurunkan kos purata pengeluarannya




iv.
Sistem perhubungan


Kemudahan dalam sistem perhubungan yang disediakan seperti teknologi maklumat (ICT) yang terkini membolehkan firma mendapat pelbagai maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pengeluaran seperti maklumat bekalan bahan mentah, bekalan buruh dan sebagainya dengan mudah dan seterusnya akan mengurangkan kos pengeluaran firma tersebut.  




v
Ekonomi integrasi


Ekonomi integrasi membolehkan firma bekerjasama dengan firma–firma lain di dalam industri untuk menghasilkan ekonomi mengikut skala atau bergabung membentuk firma yang lebih besar melalui integrasi mendatar, integrasi menegak dan integrasi melebar


Pilih mana – mana empat fakta