(a) Apakah maksud pengganda ?
|
[2]
|
(b) Dengan
bantuan rajah, terangkan
bagaimana proses pengganda
akibat daripada pertambahan
pelaburan berlaku di dalam ekonomi tiga sektor
|
[8]
|
Jawapan Cadangan
(a) Apakah maksud pengganda ?
|
[2]
|
||||||
Pengganda
ialah pekali yang menunjukkan sejauhmana perubahan pendapatan negara berlaku
akibat daripada perubahan perbelanjaan agregat
|
|||||||
(b) Dengan
bantuan rajah, terangkan
bagaimana proses pengganda
akibat daripada pertambahan
pelaburan berlaku di dalam ekonomi tiga sektor
|
[8]
|
||||||
Keseimbangan asal dicapai bila keluk AE0 bersilang dengan garis Y=AE di titik E0
pada pendapatan negara Y0.
Peningkatan pelaburan meningkatkan AE. Keluk AE0
akan beralih ke AE1.
Pada keseimbangan
asal di Y0, wujud lebihan
AE sebesar E0a. Stok/inventori
berkurang, pengeluar akan meningkatkan keluaran sebanyak ab dan pendapatan negara meningkat ke Y1
Pada Y1, masih
wujud lebihan AE sebesar bc. Stok/inventori berkurang,
pengeluar akan meningkatkan keluaran sebanyak cd dan pendapatan negara meningkat ke Y2
Selagi
lebihan AE masih wujud, proses ini
akan berterusan sehinggalah ekonomi mencapai keseimbangaan di titik E* pada pendapatan negara Y*.
Melalui
proses penggandaan, pertambahan pendapatan negara adalah sebesar ∆Y
= K x ∆I atau sebesar beberapa
kali ganda daripada pertambahan pelaburan.
|