Wednesday, October 16, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 3 (S2)

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa Dan Imbangan Pembayaran

Jelaskan tiga kesan positif yang wujud daripada perdagangan antarabangsa
 [6]


Jawapan Cadangan


(a)
Meluaskan pasaran
Sesetengah industri telah memenuhi permintaan dalam negeri sebelum kapasiti mesin digunakan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, pengeluaran pada kapasiti penuh hanya dapat dicapai dengan meluaskan pasaran ke luar negeri melalui eksport.




(b)
Memperolehi barang yang tidak dapat dikeluarkan di dalam negeri
Perbezaan pemilikan faktor-faktor pengeluaran dari segi jenis, kuantiti dan kualiti membolehkan sesebuah negara mengimport barangan yang tidak dikeluarkan dalam negeri




(c)
Perkembangan teknologi
Perdagangan antarabangsa menggalakkan perkembangan  teknologi yang meningkatkan daya pengeluaran. Kos perunit keluaran  akan berkurang dan tingkat keluaran akan bertambah.
Oleh itu, tingkat kebajikan masyarakat akan meningkat kerana boleh memperolehi barang dan perkhidmatan pada harga yang lebih rendah.




(d)
Meningkatkan kualiti barang
Perdagangan antarabangsa akan mewujudkan persaingan di kalangan pengeluar tempatan dan asing. Persaingan ini menyebabkan pengeluar berusaha meningkatkan kualiti barang pada kos yang minimum bagi membolehkan mereka menguasai pasaran.




(e)
Pertumbuhan ekonomi
Perdagangan antarabangsa mewujudkan pertumbuhan ekonomi sekiranya nilai eksport bersih meningkat, kerana ia akan meningkat perbelanjaan agregat dan pendapatan negara.
Oleh itu,  kegiatan ekonomi akan berkembang dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara