i | Campur tangan kerajaan dalam ekonomi | |
Kerajaan melalui badan perancang ekonomi akan menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan, memilih teknik pengeluaran yang digunakan serta menentukan pengagihan barang kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai. | ||
ii | Tiada motif keuntungan | |
Sistem ekonomi ini tidak mementingkan keuntungan. Kerajaan bertanggung jawab menguruskan ekonomi secara adil dan saksama dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan bagi meningkatkan kemakmuran dan kebajikan masyarakat. | ||
iii | Hak milik negara | |
Individu dan firma tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta. Semua faktor–faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan berhak mengawal dan menggunakan faktor – faktor pengeluaran dalam aktiviti pengeluaran bagi mencapai matlamat yang diingini. | ||
Pilih dua fakta sahaja |
b) | Terangkan dua kelemahan sistem ekonomi kapitalis kepada pengguna | [4] |
i | Wujud kuasa monopoli | |
Amalan monopoli berlaku di dalam pasaran, dengan firma besar bertindak menguasai pasaran supaya mendapat keuntungan yang besar. | ||
ii | Kekurangan barang awam | |
Pihak swasta tidak berminat untuk membiayai pengeluaran barang awam dalam ekonomi kerana ia tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. | ||
iii | Eksternaliti negatif | |
Aktiviti pengeluaran yang tidak terkawal mewujudkan kesan–kesan negatif seperti pencemaran, yang akan menimbulkan kos sosial dan menjejaskan tingkat kebajikan masyarakat | ||
iv | Agihan pendapatan yang tidak setara | |
Kebebasan pasaran tanpa campur tangan kerajaan menyebabkan jurang antara golongan kaya dengan miskin terus meluas. Persaingan di antara pengeluar akan meningkatkan kos pengeluaran dan harga barang. Ini akan membebankan golongan miskin. | ||
v | Tidak menjamin guna tenaga penuh | |
Matlamat memaksimumkan untung menyebabkan firma tidak mengeluarkan keluaran pada tingkat yang optimum. Pengangguran faktor akan berlaku kerana input pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya, menyebabkan ekonomi tidak mencapai guna tenaga penuh. | ||
Pilih dua fakta sahaja |