Wednesday, August 1, 2012

Mikroekonomi: Keanjalan Silang & Hubungan Antara Barang

a)
Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang
[1]

Keanjalan permintaan silang ialah darjah tindakbalas peratus perubahan kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam harga barang lain.
b)
Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan silang dengan barang penggenap, barang pengganti dan barang neutral.

[6]

i.
Barang pengganti


Pertambahan harga barang X akan menyebabkan kuantiti permintaan terhadap barang Y semakin bertambah.
Keanjalan silang bagi  barang pengganti bernilai positif 




ii.
Barang penggenap


Pertambahan harga barang X akan menyebabkan kuantiti permintaan terhadap barang Y semakin berkurang.
Keanjalan silang bagi  barang penggenap bernilai negatif 




iii.
Barang neutral (barang tidak berkaitan)


Pertambahan harga barang X tidak akan menyebabkan perubahan dalam kuantiti permintaan terhadap barang Y
Keanjalan silang bagi  barang neutral bernilai sifar

c)
Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan bagaimana sesuatu barang itu dikelaskan sebagai barang neutral

[3]


Harga barang A (RM)
Kuantiti barang B diminta (unit)
10
30
12
30
Keanjalan permintaan silang barang B berhubung dengan harga barang A
Ed silang
=
QB1 – QB0
x
PA0
QB0
PA1 – PA0

EY
=
30 – 30
x
10
30
12 – 10

=
0


Oleh kerana keanjalan permintaan silang bernilai sifar, maka barang A dan barang B adalah barang neutral