Wednesday, October 16, 2013

Ekonomi Malaysia: Tajuk 3 (S4)

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa Dan Imbangan Pembayaran

4
(a)
Apakah liberalisasi perdagangan ?
[2]

(b)
Jelaskan dua kesan liberalisasi perdagangan terhadap ekonomi
[4]

Jawapan Cadangan


(a)
Liberalisas perdagangan bermaksud tiada syarat pegangan atau tiada sekatan di dalam perdagangan.
Ia memberi kelonggaran kepada pegangan ekuiti asing dan penurunan tarif untuk menggalakkan kemasukan tenaga profesional asing serta kemasukan pelaburan asing (FDI).




(b)
i. Memudahkan pergerakan barang, perkhidmatan dan sumber
   Dasar liberalisasi perdagangan menyebabkan sekatan terhadap pergerakan barang, perkhidmatan dan sumber menjadi lebih longgar.
Ia akan meningkatkan kecekapan yang akan mendorong kepada pengurangan kos dan peningkatan daya saing.

ii. Penempatan sumber di lokasi yang sesuai
   Liberalisasi perdagangan membolehkan sesebuah negara yang mempunyai sumber atau faktor pengeluaran menempatkan sumber tersebut di lokasi yang terbaik supaya memperolehi pulangan yang maksimum.