Monday, February 11, 2013

Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi Tiga Sektor

(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tiga sektor ?
[2]
(b)    Terangkan aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan bagi ekonomi tiga sektor


[8]

Jawapan Cadangan

(a)    Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tiga sektor ?



[2]
        Ekonomi tiga sektor ialah ekonomi yang terdiri daripada sektor isirumah, firma dan kerajaan tanpa melibatkan perdagangan antarabangsa

(b)    Terangkan aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan bagi ekonomi tiga sektor


[8]
 
         Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor merujuk kepada perhubungan aliran perbelanjaan dan pendapatan di antara sektor isi rumah, firma dan kerajaan melalui aliran wang

         Aliran 1 adalah aliran pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang diterima oleh isi rumah dalam bentuk gaji/upah kepada buruh, sewa kepada pemilik tanah, bunga kepada pemilik modal dan untung kepada pengusaha. 

         Isi rumah akan menggunakan pendapatan tersebut untuk tiga kegunaan iaitu:
         i.    Melakukan perbelanjaan penggunaan (C) bagi mendapatkan                      barang dan perkhidmatan    (aliran 2)
         ii.    Membayar cukai pendapatan (T) kepada kerajaan (aliran 3)
         iii.   Membuat tabungan (S) di badan-badan kewangan (aliran 4)

         Badan kewangan akan menyalurkan tabungan isi rumah kepada pelabur untuk tujuan pelaburan (I) bagi menambahkan keupayaan firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan (aliran 5)

         Kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk membiayai perbelanjaan kerajaan (G) bagi membeli barang dan perkhidmatan serta membuat pelaburan awam (aliran 6)