Sunday, September 30, 2012

Monopoli: Perbandingan Dengan PPS

a)
Apakah yang dimaksudkan dengan kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan ?
       [2]

Kecekapan pengeluaran ialah kecekapan yang diperolehi oleh firma kerana dapat mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata yang minimum.

Kecekapan peruntukan ialah kecekapan yang diperolehi oleh firma kerana  dapat mengeluarkan keluaran pada tingkat harga yang menyamai kos sut   (P = MC)


b)
Jelaskan mengapa firma di pasaran persaingan sempurna dapat memperoleh kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan berbanding dengan firma monopoli?


[8]   




Firma PPS dapat memperoleh kecekapan peruntukan dan kecekapan pengeluaran berbanding dengan firma monopoli kerana:-

Monopoli: Kawalan Terhadap Monopoli

a)
Apakah maksud kuasa monopoli ?
   [2]

Kuasa monopoli ialah yang dimiliki oleh firma monopoli di dalam menentukan harga atau menentukan kuantiti keluaran tetapi tidak boleh menentukan kedua – duanya dalam satu masa

b)
Bagaimanakah kuasa monopoli dapat dikawal melalui


i.
dasar harga-kos sut
[4]



Monopoli: Kecekapan Peruntukan Dan Kecekapan Pengeluaran

Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kelemahan firma monopoli dalam hal yang berikut:
a)
Kecekapan pengeluaran

b)
Kecekapan peruntukan sumber

c)
Lebihan pengguna
[10]
 

Wednesday, September 26, 2012

Monopoli: Kecekapan Peruntukan Dan Kecekapan Pengeluaran

(a)
Jelaskan mengapa firma monopoli tidak dapat mencapai kecekapan pengeluaran dan kecekapan peruntukan pada tingkat keseimbangan?


[4]   

Firma monopoli tidak dapat mencapai kecekapan pengeluaran kerana pada tingkat keseimbangan, firma mengeluarkan keluaran pada tingkat kos purata yang lebih tinggi dari kos purata minimum, iaitu pada ketika kos purata jangka panjang yang sedang menurun.

Firma monopoli juga tidak dapat mencapai kecekapan peruntukan kerana pada tingkat keseimbangan, firma monopoli mengeluarkan keluaran bukan pada titik optimum sosial, iaitu pada ketika tingkat harga menyamai kos sut (P=MC), tetapi sebaliknya pada ketika tingkat harga melebihi kos sut (P>MC)

Monopoli: Halangan Kemasukan

(a)
Terangkan dua sebab kenapa wujudnya pasaran monopoli
[4]


i
Wujudnya ekonomi bidangan


Firma besar yang menikmati ekonomi bidangan dapat mengeluarkan keluaran pada tingkat kos perunit (kos purata) yang rendah.
Oleh itu, firma tersebut dapat menjual keluaran pada tingkat harga yang rendah menyebabkan firma–firma baru tidak dapat memasuki pasaran kerana tidak mampu bersaing dari segi harga




ii
Pemilikan faktor pengeluaran semulajadi


Apabila sesebuah firma dapat menguasai pemilikan terhadap satu–satu faktor pengeluaran semulajadi, maka firma itu akan memiliki kuasa monopoli sepenuhnya terhadap pengeluaran tersebut.

Monopoli: Ciri-Ciri Monopoli

(a)
Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli ? Jelaskan bentuk keluk jumlah hasil dan keluk hasil sut firma monopoli.

[4]

Monopoli merupakan satu bentuk pasaran yang terdiri daripada pengeluar tunggal yang mengeluarkan keluaran yang tidak mempunyai pengganti yang hampir serta mempunyai kuasa untuk menentukan harga keluaran.

Keluk jumlah hasil firma monopoli pada mulanya mencerun positif tetapi kemudiannya mencerun negatif @ pada mulanya menaik tetapi kemudiannya menurun.
Keluk hasil sut firma monopoli pula mencerun negatif dari kiri ke kanan

Sunday, September 23, 2012

PPS: Kuantitatif: (S7)

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos untuk setiap tingkat keluaran dalam jangka panjang bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna
Keluaran (unit)
Jumlah kos (RM)
0
1
105
2
145
3
180
4
210
5
245
6
285
7
330
8
385
9
450
10
525

PPS: Kuantitatif (S6)

Firma A adalah penerima harga dan firma ini menghasilkan barang X dan menanggung jumlah kos seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.Harga pasaran bagi barang ini ialah RM28.00 per unit
Keluaran (unit)
Jumlah kos (RM)
0
20.00
1
42.00
2
60.00
3
82.00
4
108.00
5
138.00
6
172.00

a)
i
Hitung nilai kos sut firma A pada pelbagai tingkat keluaran
[1]

PPS: Kuantitatif (S5)

Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos dan hasil purata bagi sebuah firma
Kuantiti (unit)
Jumlah kos (RM)
Hasil purata (RM)
0
1
2
3
4
5
6
7
20
24
26
27
31
36
46
58
-
10
10
10
10
10
10
10
Berdasarkan jadual di atas

a)
i
Berapakah jumlah kos tetap yang ditanggung oleh firma ini
[1]


Kos tetap = RM 20

Friday, September 21, 2012

PPS: Kuantitatif (S4)

Sebuah firma dalam pasaran persaingan sempurna mempunyai jadual kos seperti berikut
Keluaran  (RM)
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Kos berubah (RM)
-
100
150
210
290
400
540
720
950

a)
Jika firma mempunyai kos tetap sebanyak RM 300, hitung



I
Jumlah kos



ii
Kos purata



iii
Kos sut pada pelbagai tingkat keluaran
[6]

PPS: Kuantitatif (S3)

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC) dan hasil purata (AR) sebuah firma.











Tuesday, September 18, 2012

PPS: Kuantitatif (S2)

Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma Pasaran  pada pelbagai tingkat ouput.
Keluaran
(unit)
Jumlah kos 
(RM)
0
1
2
3
4
5
6
10
18
22
30
40
55
72
Diandaikan harga pasaran keluaran pasaran firma ialah RM15.00 seunit

PPS: Kuantitatif (S1)

Sebuah firma persaingan sempurna mempunyai kos berubah purata (AVC) pada pelbagai tingkat tingkat output seperti di dalam jadual dibawah ini.
Output
(unit)
AVC 
(RM)
Jumlah Kos (RM)
Jumlah Hasil
(RM)
Jumlah untung
(RM)
1
2
3
4
5
120.00
100.00
96.67
107.50
118.00