Analisis bagi mata pelajaran Ekonomi STPM SMK Ibrahim Fikri adalah seperti berikut:
A | A- | B+ | B | B- | C+ | C | LS | G | |
944/1 | 0 | 2 | 0 | 0 | 6 | 4 | 3 | 12 | 3 |
944/2 | 0 | 1 | 5 | 4 | 2 | 2 | 4 | 8 | 4 |
944 | 0 | 0 | 2 | 4 | 5 | 2 | 3 | 12 | 2 |
Ulat Kekek ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya terutamanya kepada Nursyahirah bt Mohd Hasry yang mendapat 4A 1B+, iaitu A untuk mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Sejarah serta B+ untuk mata pelajaran ekonomi. Tidak lupa juga kepada semua pelajar SMKIF yang turut mendapat keputusan yang cemerlang semoga akan mendapat tempat di mana-mana universiti kelak.
Terima kasih kepada Nursyahirah di atas penghargaannya dan Ulat Kekek mendoakan kejayaannya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga kejayaan Nursyahirah ini akan menjadi pendorong kepada anak-anak didik SMK Ibrahim Fikri untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan STPM 2011 nanti. InsyaAllah.
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Fikir-fikirkanlah....
"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Fikir-fikirkanlah....
(Keratan akhbar Sinar Harian, 24 Februari 2011)