Friday, August 10, 2012

Makroekonomi: Langkah Mengatasi Defisit Akaun Semasa

Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh kerajaan untuk mengatasi defisit akaun semasa imbangan pembayaran

[10]

Membaiki akaun perdagangan melalui

a)
Peningkatan daya saing barangan Malaysia melalui

i.
peningkatan eksport keluaran negara menerusi pembinaan kawasan perusahaan, kawasan bebas cukai dan memberi subsidi dan elaun eksport


ii.
mewujudkan kestabilan upah harga supaya kos pengeluaran dan harga barang keluaran tempatan dapat dikurangkan


iii
mencipta/mencari pasaran-pasaran baru terutamanya di luar negara bagi meluaskan barangan eksport


iv
Menurunkan nilai mata wang (devaluasi) supaya harga eksport keluaran tempatan menjadi lebih murah dan meningkatkan permintaan eksport.


b)
Pengurangan import dan menggalakkan penggantian import barang-barang penggunaan melalui

i.
Menjalankan devaluasi , mengenakan tariff, kuota supaya harga barang-barang import meningkat untuk mengurangkan import dan menggalakkan penggunaan barang-barang keluaran tempatan bagi menggantikan import


ii.
Menjalankan kawalan matawang asing dengan mencatu penggunaan matawang asing kepada orang ramai dan pengusaha serta membenarkan penggunaan matawang asing itu hanya untuk mengimport barang-barang yang diperlukan sahaja bersesuaian dengan matlamat kerajaan


c)
Membaiki imbangan perkhidmatan melalui

i
Mengurangkan defisit pendapatan pelaburan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan Malaysia ke luar negara bagi meningkatkan keuntungan yang diperolehi dari pelaburan di luar negeri


ii
Mengurangkan defisit akaun pengangkutan dengan meningkatkan keupayaan perkhidmatan perkapalan dan perlindungan insurans tempatan untuk mengurangkan pergantungan kepada penggunaan perkhidmatan perkapalan serta insurans asing


iii
Menggalakkan sektor pelancongan dalam negara terutamanya menarik kemasukan pelancong-pelancong asing  untuk meningkatkan aliran masuk matawang asing