Thursday, August 9, 2012

Makroekonomi: Imb. Akaun Semasa

a)
Jelaskan imbangan akaun perdagangan, imbangan akaun perkhidmatan dan imbangan pembayaran. Imbangan akaun yang manakah yang membentuk imbangan akaun semasa?


[7]


Imbangan perdagangan merupakan akaun yang menunjukkan perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import bagi barang-barang nampak yang terdiri daripada hasil keluaran utama seperti petroleum, getah dan kelapa sawit serta barangan keluaran kilang seperti barangan elektrik dan elektronik, tekstil dan sebagainya.
Imbangan perkhidmatan ialah akaun yang menunjukkan perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import perkhidmatan seperti tambang & insurans, perjalanan, pendapatan pelaburan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Imbangan pembayaran merupakan suatu penyata kira-kira yang menunjukkan nilai urusniaga dan aliran wang yang berlaku di antara sebuah negara dengan negara lain dalam sesuatu tahun

Akaun semasa terdiri daripada imbangan akaun perdagangan, imbangan akaun perkhidmatan, akaun pendapatan dan akaun pindahan semasa

b)
Mengapakah imbangan akaun perkhidmatan selalu mengalami defisit?
[3]


Imbangan perkhidmatan Malaysia mengalami kurangan (defisit) kerana

i
pembayaran yang dibuat terhadap pengunaan perkhidmatan pengangkutan asing lebih besar daripada penerimaan pembayaran asing dari penggunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan

ii
pembayaran yang dibuat terhadap penggunaan insurans asing melebihi penerimaan pembayaran asing terhadap penggunaan insuran tempatan