Thursday, August 9, 2012

Makroekonomi: Imb. Perdagangan & Perkhidmatan

Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan perdagangan dan imbangan perkhidmatan ?  Jelaskan butiran kedua-dua jenis imbangan tersebut


[6]

Imbangan perdagangan merupakan akaun yang menunjukkan perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import bagi barang-barang nampak yang terdiri daripada hasil keluaran utama seperti petroleum, getah dan kelapa sawit serta barangan keluaran kilang seperti barangan elektrik dan elektronik, tekstil dan sebagainya.

Imbangan perdagangan adalah positif jika nilai eksport barangan nampak adalah melebihi import barangan nampak dan sebaliknya.

Imbangan perkhidmatan menerangkan perbezaan di antara nilai eksport dan import barangan tak nampak atau perkhidmatan seperti pengangkutan, perjalanan, urusniaga kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Imbangan perkhidmatan adalah positif jika nilai eksport perkhidmatan adalah melebihi import perkhidmatan dan sebaliknya.