Imbangan perkhidmatan ialah akaun yang menunjukkan perbezaan di antara nilai eksport dan nilai import perkhidmatan seperti pengangkutan, perjalanan, urusniaga kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Imbangan perkhidmatan sesebuah negara adalah positif jika nilai eksport perkhidmatannya adalah melebihi import perkhidmatan. Sebaliknya imbangan perkhidmatan bernilai negatif jika eksport perkhidmatannya kurang dari import perkhidmatannya
Imbangan perkhidmatan Malaysia mengalami kurangan (defisit) kerana i. pembayaran yang dibuat terhadap pengunaan perkhidmatan pengangkutan asing lebih besar daripada penerimaan pembayaran asing dari penggunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan ii. pembayaran yang dibuat terhadap penggunaan insurans asing melebihi penerimaan pembayaran asing terhadap penggunaan insuran tempatan
|